Friday, November 30, 2012

chapter4 ~~Aku budak HATI BATU

Pagi itu aku tidak mahu membonceng motosikal itu..
lantas kaki ini menampak ke stesen bus berdekatan...Suasanan pagi itu amat lengang sambil menunggu  bus tanganku lantas menyeluk saku dan mula mencapai kotak rokok di dalam saku . Pemetik api dinyalakan membakar hujung pangkal puntung rokok tersebut .
Berkepul-kepul asap rokok menerawang,,, Hon.11hon..!!
Lantas muka berpaling ke arah bunyi itu...
Kelihatan sebuah kereta Porche dari jauh mendekati stesen bus tersebut .
HatiKU dapat mengagak siapa empunya diri kereta itu . Puntung rokok di campak di longkang berhampiran .

"Dr.Lee. Selamat pagi !" seperti selalu sapaanku di balas dengan senyuman ikhlas .Manis . Pensyarah yang menjadi pujaan ramai gadis-gadis di universiti ini terutamanya di fakulti aku . Aku mengangumi beliau juga namun tidak lah sampai sanggup bertolok gadai seperti kebanyakan pelajar perempuan yang ingin menggodanya walaupun tahu beliau sudah mempunyai anak dua orang.. Agak sadis di situ . Jika berwang kita akan di puja . Jika miskin , di layan bagai anjing kurap ! Manusia.

"You mahu pergi mana? Mari i tolong tumpangkan " ujarnya ikhlas.

"Mahu ke kelas la..Kan pagi ini kelas Dr. Lee pukul 10 pagii "

"Banyak awal lo kamu ini.. sekarang belum jam8 pagi lagi.. Tak apalah masuk-masuk "

Kakiku segera menampak ke dalam keretanya .

"Menyusahkan Dr je,, Kalau boleh hantar saya di library lah dulu." Hehehe..

" Boleh aje..  Ini saya perlukan pertolongan kamu.Memandangkan kamu ini salah seorang pelajar cemerlang . Saya mahu minta tolong kamu untuk bantu senior kamu di makmal untuk uruskan pelajar tahun satu . Esok free x? jam 9pagi hingga 12tengah hari?"

"Boleh rasanya  . Lagi pun esok tidak buat apa-apa pun . Sekadar tengok-tengok apa salahnya ."

"Baguslah kalau begitu ."

"Kamu nak tau tak...haiya pelajar tahun satu sekarang banyak .....Bla3" alkisah mulalah leterannya yang panjang lebar .. Aku cuma mengangguk  Ya , Oh ya ke? . Ermm n AH...
Perjalanan 15minit itu berlalu begitu sahaja  . Penat juga dengar Dr ni berleter .

"Terima kasih Dr.!" ujarku mesra .

"Ingat itu esok . Masuk makmal tolong senior master kamu itu . Ini nombor telefon senior kamu itu" sekeping kertas di hulurkan.

"Ya,,baik Dr!"

kereta pensyarahku tadi berlalu begitu sahaja .Beberapa minit sudah lesap hilang dari pandangan mataku .
Esok .. Masuk makmal .Eh, tapi experiment apa ?? Aku melihat nombor tertera pada kertas itu . Macam mana aku nak telefon ni.Public phone! Arrrgg...kat kampus aku ni ada ke public phone terutama sekali di pustakaan ni. cET!


No comments:

Post a Comment