Monday, November 14, 2011

cHAPTER3=AKU BUDAK HATI BATU (hobi suke2 je)


Peristiwa terserempak dengan suaminya pagi tadi segar dalam ingatannya . Namun dia cuba untuk melupakannya . Dia tahu sepanjang gerak-gerinya dicafe  tadi diperhatikan sehinggalah Hafizul meninggalkan tempat  tersebut . Mujurlah hari itu  merupakan hari terakhir bekerja kerana cuti semester telah pun berakhir bagi pelajar ijazah .
Di biliknya dia terbaring bersahaja setelah membersihkan dirinya . Radio di pasang pada nada medium ..Lagu Tolong Ingatkan Aku didendangkan oleh Ana Rafali berkumandang . Hafizul..Kenangan lama turut bermain di benaknya .
“Abang tak pernah terfikir akan menikah dengan kamu . ” dia menarik nafas lembut sebelum menyambung kata-katanya . “Abang tahu kamu bercinta dengan Faiz selama ini . Abang cuma minta kita cuba untuk hidup bersama-sama .Bina hidup baru bersama-sama .Belajar cintai antara satu sama lain  .”
Dia menghembus keluhan berat  sekadar membisu.
“Tolong cakap sesuatu .”
“Kenapa kita di paksa nikah sebenarnya?”tanyanya memberanikan diri .
Hafizul meraup mukanya lantas memeluk tubuh sendiri .
 “Ini permintaan Faiz sendiri .Dia sebenarnya terlalu cintakan kamu .Dia disahkan  mengalami penyakit  kegagalan jantung pada tahap yang kronik pada bulan lepas  . Ajalnya makin dekat Wani . Sebelum dia ‘pergi’ dia nak lihat Wani di jaga oleh insan yang dia percayai.Dia tengah nazak sekarang berada di hospital disini”
Bagaikan sukar untuk di percayai .Dia termenung sejenak di sofa yang berada di kamar itu .Patutlah akhir-akhir ini wajahnya berubah santun bicaranya juga berubah .
“Awak tipukan?”bagaikan bermimpi .
Hafizul hanya mengiling kepalanya .”Tak.”
Tatkala itu ,Air matanya bercucuran .
“Nak jumpa dia boleh?” pintanya sayu .
Hafizul mengangguk lemah . “Wani pergi bersiaplah .Abang tunggu .”
Setibanya mereka di Hospital Kuala Lumpur ,hatinya berdebar-debar saat pintu bilik di kuak . Sekujur tubuh yang terkulai layu nampak tenang tidur . Mengusik nalurinya yang amat rindukan wajah insan tersebut . Disisi katil kelihatan wajah sugul  mentuanya .
Salaman di hulurkan pada mentuanya yang setia di sisi katil , namun matanya tidak terlepas memandang wajah Faiz yang kelihatan pucat sedikit . Hafizul memberi isyarat untuk membiarkan dia berada disisi Faiz sendirian bersamanya .
Hanya mereka bertiga di dalam bilik tersebut . Hafizul menggenggam tangan adiknya itu . “Faiz , bangun dik kak ipar datang ni .”
Faiz membuka matanya satu senyuman lemah terukir di bibirnya .Faiz memandang lama wajahnya mengusik kalbunya .
“Maafkan Faiz sebab terpaksa buat Wani macam ni . Faiz terpaksa melanggar janji kita . “dia tebatuk-batuk kecil sebelum meneruskan kata-katanya . “Abang..Jaga Wani baik-baik . Semoga kita dapat bertemu di sana nanti .”
Air matanya berlinangan .”Wani pun nak minta maaf .” dia hilang suara untuk berkata-kata .
Faiz mengangguk lemah .’Wani jaga abang Zul  baik-baik.Dia ni nakal tau .Maaf sebab tak sempat nak tengok anak saudara iz nanti .Hehe..”dia ketawa kecil mengundang tawa mereka berdua .
“Sakit-sakit pun sempat melawak lagi . Yalah , banyakkan rehat ok.”sambut Hafizul .
“Wani senyumlah sikit . Bencikan iz ke?”
“Taklah .Apalah iz ni .”dia tersenyum sumbing menampakkan esung pipitnya di kiri pipi dadanya menahan sebak matanya bertakung ai mata namun diseka .
Seminggu selepas itu , Faiz kembali kerahmatullah. Segala urusannya berjalan lancar . Tiap malam dia akan membaca Al-Quran dengan niat sedekahkan kepada Allayarham Faiz .

Taklama selepas itu , dia terus menyambung pengajiannya disini .
Tok.Tok.Tok.Pintu asramanya diketuk bertalu-talu
“Assalamualaikum!! Ijat!! Tolong buka  pintu..Tangan aku penuh !”
Tersedar daripada  lamunan .Dia terus membuka pintu biliknya .
“Waalaikumussalam .Ya Allah kau ni..Barang-barang ni kan boleh punggah naik..Ni tak , bawa sekali gus semuanya..Ish .”
“Hehe..Malas mahu turun berulang kali bah.Aku penatlah .Kau buat apa hah . Aku ketuk  pintu  bilik daripada tadi lagi .Kau tahu enggak .” 
“Sorry beb...Aku terlelaplah sahaja.”Memberi alasan nipis .
“Kau dah makan?.Jom keluar ke cafe .Aku laparlah .Hehe..”
“Ok..Tapi kau belanja..”
Syima mencebik .”Dah agak dah..Bukan ke aku yang selalu belanja kamu . Oklah jom.”
“Sindir ek...Hehe... Tapi tak apa ..Aku tahu kau baik,pemurah ,cantik dn pe lagi ek ...”
“Udah-udah..Usah ampu lagi bah .Perut sudah lapar ni..”
“Hehe..Ok..”
Mereka terus berlalu ke kedai makan . Di sinilah dia mengenal Syima . Yang merupakan teman baiknya sehingga kini .Pada cuti semester pertama , dia pulang ke rumahnya tanpa memaklumkan hal tersebut pada Hafizul .Sengaja dia mahu memberikan kejutan namun dia yang terkejut .

No comments:

Post a Comment