Monday, November 14, 2011

EXAM!EXAM!EXAM! HAHA

 semoga semua yang membaca doakan agar saya berjaya disini..
Semoga saya dapat jawab exam dengan penuh yain dan diredhai...hihi
.
sebenarnya cerita Aku budak hati batu ni di karang sebelum aku datang ke Unimas aka aku xstudy pu background di sarawak ni...Insyallah aku akan improve dri masa ke semasa ..baru syok layan....huhu
layan menaip n post dsini....kiki..syok sendiri la katakan..xde keje....

Sarawak..xempat nk jelajah lagi baru je sampai kat kuching..Insyaalh jika ada rezeki sampai dlm hutan aku akan jelajah..akan datanh pulak ialah jouRnal aku sebagai salah seorang Reserve Officer Training Unit Palapes Unimas ni..yang rahsia xle cite la tp aku akan share la pengalamanku...huhu..perasaanku....detik2 pahit manis...survival aku....

my journey is still far away..so hsve a nice day n never forget to solat..kiki...
9
p/s: harap si Dia juga dapat jwb exam dgn baik.Rindunya~~~


cHAPTER3=AKU BUDAK HATI BATU (hobi suke2 je)


Peristiwa terserempak dengan suaminya pagi tadi segar dalam ingatannya . Namun dia cuba untuk melupakannya . Dia tahu sepanjang gerak-gerinya dicafe  tadi diperhatikan sehinggalah Hafizul meninggalkan tempat  tersebut . Mujurlah hari itu  merupakan hari terakhir bekerja kerana cuti semester telah pun berakhir bagi pelajar ijazah .
Di biliknya dia terbaring bersahaja setelah membersihkan dirinya . Radio di pasang pada nada medium ..Lagu Tolong Ingatkan Aku didendangkan oleh Ana Rafali berkumandang . Hafizul..Kenangan lama turut bermain di benaknya .
“Abang tak pernah terfikir akan menikah dengan kamu . ” dia menarik nafas lembut sebelum menyambung kata-katanya . “Abang tahu kamu bercinta dengan Faiz selama ini . Abang cuma minta kita cuba untuk hidup bersama-sama .Bina hidup baru bersama-sama .Belajar cintai antara satu sama lain  .”
Dia menghembus keluhan berat  sekadar membisu.
“Tolong cakap sesuatu .”
“Kenapa kita di paksa nikah sebenarnya?”tanyanya memberanikan diri .
Hafizul meraup mukanya lantas memeluk tubuh sendiri .
 “Ini permintaan Faiz sendiri .Dia sebenarnya terlalu cintakan kamu .Dia disahkan  mengalami penyakit  kegagalan jantung pada tahap yang kronik pada bulan lepas  . Ajalnya makin dekat Wani . Sebelum dia ‘pergi’ dia nak lihat Wani di jaga oleh insan yang dia percayai.Dia tengah nazak sekarang berada di hospital disini”
Bagaikan sukar untuk di percayai .Dia termenung sejenak di sofa yang berada di kamar itu .Patutlah akhir-akhir ini wajahnya berubah santun bicaranya juga berubah .
“Awak tipukan?”bagaikan bermimpi .
Hafizul hanya mengiling kepalanya .”Tak.”
Tatkala itu ,Air matanya bercucuran .
“Nak jumpa dia boleh?” pintanya sayu .
Hafizul mengangguk lemah . “Wani pergi bersiaplah .Abang tunggu .”
Setibanya mereka di Hospital Kuala Lumpur ,hatinya berdebar-debar saat pintu bilik di kuak . Sekujur tubuh yang terkulai layu nampak tenang tidur . Mengusik nalurinya yang amat rindukan wajah insan tersebut . Disisi katil kelihatan wajah sugul  mentuanya .
Salaman di hulurkan pada mentuanya yang setia di sisi katil , namun matanya tidak terlepas memandang wajah Faiz yang kelihatan pucat sedikit . Hafizul memberi isyarat untuk membiarkan dia berada disisi Faiz sendirian bersamanya .
Hanya mereka bertiga di dalam bilik tersebut . Hafizul menggenggam tangan adiknya itu . “Faiz , bangun dik kak ipar datang ni .”
Faiz membuka matanya satu senyuman lemah terukir di bibirnya .Faiz memandang lama wajahnya mengusik kalbunya .
“Maafkan Faiz sebab terpaksa buat Wani macam ni . Faiz terpaksa melanggar janji kita . “dia tebatuk-batuk kecil sebelum meneruskan kata-katanya . “Abang..Jaga Wani baik-baik . Semoga kita dapat bertemu di sana nanti .”
Air matanya berlinangan .”Wani pun nak minta maaf .” dia hilang suara untuk berkata-kata .
Faiz mengangguk lemah .’Wani jaga abang Zul  baik-baik.Dia ni nakal tau .Maaf sebab tak sempat nak tengok anak saudara iz nanti .Hehe..”dia ketawa kecil mengundang tawa mereka berdua .
“Sakit-sakit pun sempat melawak lagi . Yalah , banyakkan rehat ok.”sambut Hafizul .
“Wani senyumlah sikit . Bencikan iz ke?”
“Taklah .Apalah iz ni .”dia tersenyum sumbing menampakkan esung pipitnya di kiri pipi dadanya menahan sebak matanya bertakung ai mata namun diseka .
Seminggu selepas itu , Faiz kembali kerahmatullah. Segala urusannya berjalan lancar . Tiap malam dia akan membaca Al-Quran dengan niat sedekahkan kepada Allayarham Faiz .

Taklama selepas itu , dia terus menyambung pengajiannya disini .
Tok.Tok.Tok.Pintu asramanya diketuk bertalu-talu
“Assalamualaikum!! Ijat!! Tolong buka  pintu..Tangan aku penuh !”
Tersedar daripada  lamunan .Dia terus membuka pintu biliknya .
“Waalaikumussalam .Ya Allah kau ni..Barang-barang ni kan boleh punggah naik..Ni tak , bawa sekali gus semuanya..Ish .”
“Hehe..Malas mahu turun berulang kali bah.Aku penatlah .Kau buat apa hah . Aku ketuk  pintu  bilik daripada tadi lagi .Kau tahu enggak .” 
“Sorry beb...Aku terlelaplah sahaja.”Memberi alasan nipis .
“Kau dah makan?.Jom keluar ke cafe .Aku laparlah .Hehe..”
“Ok..Tapi kau belanja..”
Syima mencebik .”Dah agak dah..Bukan ke aku yang selalu belanja kamu . Oklah jom.”
“Sindir ek...Hehe... Tapi tak apa ..Aku tahu kau baik,pemurah ,cantik dn pe lagi ek ...”
“Udah-udah..Usah ampu lagi bah .Perut sudah lapar ni..”
“Hehe..Ok..”
Mereka terus berlalu ke kedai makan . Di sinilah dia mengenal Syima . Yang merupakan teman baiknya sehingga kini .Pada cuti semester pertama , dia pulang ke rumahnya tanpa memaklumkan hal tersebut pada Hafizul .Sengaja dia mahu memberikan kejutan namun dia yang terkejut .

Wednesday, November 2, 2011

Suka-Suki!!!!

Aku hari ni setelah sebulann tinggal di Kolej Kenanga ,aku tertarik untuk menceritakan tentang yang berlaku hari ni ...Aku akan menempuh DAN TELAH mengalami satu Pengalaman baru...Kesusahan tiada kawan di Universiti...
Aku suka nak cite yang aku telah menghadapi kesusahan untuk mencari kawan dan membuat satu group discussion..Horrable its??Bila berkaitan dengan PBL aku jadi macam orang gila apatah lagi due date untuk hantar assigment n project.........
So, Its easy to be alone.......n Not easy to find a group which is can team up n enjoy the life with you in the university...
Its hard dowh!!! hhuhu,,,,...........Lagi susah bila kita xhadirkan diri semasa orientasi program.. aKu terlepas saat itu semata2 kerana menurut perintah ayah aku...aku tak salahkan dia..tp aku betul2 hadapi kesusahan..huhu....KESUSAHAN NK BERKENALAN dgn budak satu kos!!!!!

Ya Allah swt ,ku mohon jalan keluar dari segala kesulitan ini....Amin.

chapter 2= aku budak HAti Batu


Pagi itu suasana amat mendamaikan , hatinya tiba-tiba teringat akan adik-adiknya di semenanjung .Lantas mengambil duit syiling dalam lokarnya dan pergi ke pondok telefon berhampiran setelah pintu biliknya di kunci.
Tut..Tut..
“Hello..Accalamualaikum.”bibirnya tersenyum puas .Mungkin adik bongsunya yang menjawab telefon rumahnya kali ini .
“Hello, Waalaikumussalam.Adik..Adik omel ke ni..Sihat tak ? Kak Ida ada tak?.”
“Ade..Nanti adik panggil ye..” hatinya gembira seketika .
Sayu jauh kedengaran suara ibunya bertanya siapa yang telefon pada adiknya.Hatinya menjadi sebak lantas ganggang telefon di letakkan setelah ibunya yang menjawab bertanyakan siapa di talian . Dia tidak dapat berkata-kata , ada getar di hatinya .
Lantas terus melangkah ke cafe dan membeli minuman sejuk . Agak lama dia duduk termenung di bangku  di taman berdekatan . Kisah lama terimbau kembali saat-saat itu.
“Aku tak kira kau setuju atau tidak . Sebelum kau pergi sambung belajar , aku nak kau kawin dengan Hafizul anak penghulu Hasyim tu. Ayah dia tu dah lama berkenan dengan kamu.Masa  kecil memang kami dah berjanji nak satukan anak kami . Ayah kamu dengan ayah dia memang kawan rapat sejak muda lagi .”
“Tapi mak , Wani baru habis matrikulasi mak ,.Terlalu muda  untuk  kawin .Nak sambung ijazah lagi lepas ni .”
“Aku tahu . Sebab tu lah aku nak kau kawin . Kau tu belajar kat mana pun tak pernah nak dapat A ke “four flat” ke . Result matrik kau tu belum tentu dapat sambung pengajian kat IPTA tahu .Jangan nak berlagak pandai . Kalau kau tak dapat belajar di universiti kerajaan kau bolehlah minta bakal laki kau tu tanggung pengajian kau di kolej swasta . Tak menyusahkan  aku dan ayah kau ni .Aku dah letih nak bela kau daripada kecil lagi sampai sekarang kau memang menyusahkan aku . Minggu depan majlis akad nikah akan diadakan .Aku taknak minta lebih .Aku nak kau jangan malukan mak dan ayah ni .Pasal boyfriend kau tu lupakan dia .”ibunya bertegas .
Suasana kamar bilik pengantin pada malam itu dihiasi dengan ala kadar setelah majlis akad nikah yang sederhana , dia telah bergelar sebagai isteri orang . Hatinya keliru ,kusut  berdebar . Pada  malam itu , saat pintu biliknya dikuak oleh insan yang kini menjadi suaminya .
Dia hanya mampu tunduk lemah .Hatinya diserang  kebencian  . Suasana amat sunyi malam itu . Hafizul juga hanya membisu .Masing-masing seperti terkaku . Hafizul bangun merapati dirinya dan tika tangannya disentuh dapat dirasakan badannya seperti terkena renjatan  elektrik . Dia pantas menarik tangannya daripada di sentuh .
  “Wani ,Awak dah jadi isteri saya yang sah . Saya tahu perkahwinan ni bukan diatas kerelaan awak .Segalanya kerana orang tua kita .Saya pun turut menjadi mangsa keadaan .”
 Dia tahu Hafizul adalah  merupakan anak sulong penghulu Hasyim .Beza umurnya adalah tujuh tahun . Insan itulah yang selama ini diam membisu menemani adiknya Faiz ,kekasihnya dulu . Zaman  sekolah lagi dia tahu Hafizul juga sudah ada kekasih iaitu  Kak Siti .Tiap kali cuti semester dia akan berjumpa dengan Faiz  pada masa sama juga dengan Hafizul itu . Cinta yang di pupuk bersama Faiz selama 4tahun sejak di tingkatan3 hilang begitu sahaja.
.Semua orang kampung tahu hal itu dan perkahwinan ini telah mencetuskan cerita-cerita yang kurang enak di dengar. Dia telah merampas Abang Zul daripada Kak Siti semuanya gara-gara orang tuanya . Dan dia digelar perempuan yang tidak tahu malu kerana bercinta dengan adik tetapi bernikah debgan abang malah  perkahwinan ini di rancang oleh ibunya . Tekanan hebat menyerangnya tika ini .Ditambah lagi apabila Faiz hadir tika saat dia ijab kabul . Hatinya sayu memandang wajah kekasihnya . Air mata yang berlinangan di seka di kelopak matanya .
Dadanya sebak serta sesak . Kenapa Faiz hanya membisu ?Kenapa dia biarkan aku menjadi milik orang lain? Seribu persoalan bermain di benaknya .
“Jadi apa yang kita nak buat sekarang Abang Zul? Abang Zul nak ceraikan saya pun saya tak kisah dah . Hati saya dah mati .Mati dengan perbuatan mak saya .Apa nak jadi jadilah.”
Wani terus berlalu ke bilik air .Hafizul hanya menunduk lemah .Dia juga buntu .Malam itu keduanya tidak dapat melelapkan mata . Hafizul menawarkan diri untuk tidur di lantai pada malam itu .
Keesokkan harinya ,Wani terus mengikut Hafizul ke Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai Pereka Grafik di salah sebuah syarikat  swasta temannya .Kondominium sederhana itu sunyi .Dia di tinggalkan sendirian selepas suaminya itu pergi kerja . Mereka tidur di bilik berasingan sebelah menyebelah atas persetujuannya. Hafizul tidak membantah . Cermin tingkap beranda di biarkan terbuka .Lama dia termenung di hadapan television.
 Pada pagi itu , dia bangun agak awal selepas menyiapkan sarapan untuk mereka berdua .Dimeja makan masing-masing membisu .
“Abang balik lewat malam ni” ringkas .
Semalam balik lewat pun tak pernah pulak bagitahu, getus hatinya . Dia hanya mengangguk seperti biasa .
 “Bila result upu wani akan keluar?”
“Hari ini..Insyaallah.Abang , Wani nak melayari internet kejap. Boleh?”
“Ok,Kalau nak guna komputer gunalah.”
Setelah kelibat Hafizul hilang daripada pandangan mata ,Dia terus ke bilik suaminya .Biliknya agak kemas bagi seorang lelaki.Pujinya di dalam hati.
Dia tergamam melihat satu bingkai gambar pernikahannya di sisi katil. Di atas katil kelihatan sebuah album gambar . Dia memberanikan dirinya untuk membuka album tersebut .
Hatinya berdebar .Didalamnya hanyalah gambar-gambar mereka ketika di ijab kabul dan persandingan . Lama dia menatap gambar mereka sekeluarga .Apatah lagi di dalam gambar terdapat wajah insan yang pernah memiliki hatinya . Perasaan bersalah menyerang dirinya .
 “Maafkan abang.”
Wani berpaling melihat ke belakang .Hafizul berdiri memandangnya tepat ke arah matanya.Hatinya bergetar.
“Abang tak pergi kerja ke?”
“Tertinggal file .” sambil mendekati almarinya dan mencari-carinya sesuatu .
Wani bangun untuk berlalu pergi .Secara spontan Hafizul memegang lengannya . “We need to talk .” pintanya ringkas .
Terkejut mendengar bunyi botol  mineralnya yang  kemik secara tidak sengaja akibat di genggam tadi menyedarkannya daripada lamunan. AH! Keluhan berat dilepaskan . Aku mengelamun lagi..Melihat jam tangan menunjukkan 9.00pagi dia tahu dia harus bersiap untuk ke cafe.
Entah kenapa setelah setelah sekian lama dia disini , dia  teringat  kembali hal itu .
, “Hai!! Akak dah sarapan tak?”
Dia hanya memandang kosong , “Mimpi takda tiba-tiba panggil aku akak ni pehal beb.Selama ni tak pernah pun.”
“Saja..Mau usik kamulah..Memang takda perasaan betul . Apalah kamu ni.”
“Dah..Tauke di mana?”
“Ada kat belakang . “
“Ok.”dingin sahaja nadanya .
“Haa..Ijat sudah sampai..Hari ini bapak mahu kamu jadi pelayan ..Gaji hari ini dibagi extra sikit . Sebab ada pekerja kita yang jatuh sakit.”
Dia hanya mengangguk kecil. Selalunya dia hanya membantu memasak dengan taukenya dan membasuh pinggan serta menyapu .
Semasa melayan pelanggan tika itu , dia dapat melihat kelibat seorang lelaki yang cukup dikenali  yang turun daripada sebuah kereta BMW . Disangka orang lain tapi dia tidak menghiraukannya .Mungkin pelanduk dua serupa.bisik hatinya .Cuma bermisai dan berjambang.Apabila melihat lelaki tersebut duduk di meja hujung sekali ,dia terus pergi mendekatinya.
“Encik nak pesan apa-apa?” Lelaki itu memandangnya agak lama .Gila ! Hafizul ke ni!  AH! Tak mungkin,teriak hatinya .
“Nur Salwani Aizetty?”tanyanya spontan Inginkan kepastian .
“Maaf Encik ?”berpura-pura tidak kenal .Betullah dia . Pehal buat kat sini ni .
“Ijat ! Oder tadi dah siap meja nombor 5!”teriak tauke lantang .
“Ok Boss!”berpaling memberi isyarat pada taukenya .
“ Erk.. Encik nak makan apa tadi?”
“Satu tea ais limau dan nasi putih lauk ayam dengan sayur goreng. Itu sahaja.” Matanya tidak berkelip melihat tubuh dihadapannya.Ijat??Mungkin pemakaiannya seperti lelaki tetapi entah kenapa hatinya pasti itulah isterinya.Isteri yang di rinduinya.
Apa yang dia buat di kolej aku ni?