Pagi itu suasana amat mendamaikan , hatinya tiba-tiba teringat akan adik-adiknya di semenanjung .Lantas mengambil duit syiling dalam lokarnya dan pergi ke pondok telefon berhampiran setelah pintu biliknya di kunci.
Tut..Tut..
“Hello..Accalamualaikum.”bibirnya tersenyum puas .Mungkin adik bongsunya yang menjawab telefon rumahnya kali ini .
“Hello, Waalaikumussalam.Adik..Adik omel ke ni..Sihat tak ? Kak Ida ada tak?.”
“Ade..Nanti adik panggil ye..” hatinya gembira seketika .
Sayu jauh kedengaran suara ibunya bertanya siapa yang telefon pada adiknya.Hatinya menjadi sebak lantas ganggang telefon di letakkan setelah ibunya yang menjawab bertanyakan siapa di talian . Dia tidak dapat berkata-kata , ada getar di hatinya .
Lantas terus melangkah ke cafe dan membeli minuman sejuk . Agak lama dia duduk termenung di bangku di taman berdekatan . Kisah lama terimbau kembali saat-saat itu.
“Aku tak kira kau setuju atau tidak . Sebelum kau pergi sambung belajar , aku nak kau kawin dengan Hafizul anak penghulu Hasyim tu. Ayah dia tu dah lama berkenan dengan kamu.Masa kecil memang kami dah berjanji nak satukan anak kami . Ayah kamu dengan ayah dia memang kawan rapat sejak muda lagi .”
“Tapi mak , Wani baru habis matrikulasi mak ,.Terlalu muda untuk kawin .Nak sambung ijazah lagi lepas ni .”
“Aku tahu . Sebab tu lah aku nak kau kawin . Kau tu belajar kat mana pun tak pernah nak dapat A ke “four flat” ke . Result matrik kau tu belum tentu dapat sambung pengajian kat IPTA tahu .Jangan nak berlagak pandai . Kalau kau tak dapat belajar di universiti kerajaan kau bolehlah minta bakal laki kau tu tanggung pengajian kau di kolej swasta . Tak menyusahkan aku dan ayah kau ni .Aku dah letih nak bela kau daripada kecil lagi sampai sekarang kau memang menyusahkan aku . Minggu depan majlis akad nikah akan diadakan .Aku taknak minta lebih .Aku nak kau jangan malukan mak dan ayah ni .Pasal boyfriend kau tu lupakan dia .”ibunya bertegas .
Suasana kamar bilik pengantin pada malam itu dihiasi dengan ala kadar setelah majlis akad nikah yang sederhana , dia telah bergelar sebagai isteri orang . Hatinya keliru ,kusut berdebar . Pada malam itu , saat pintu biliknya dikuak oleh insan yang kini menjadi suaminya .
Dia hanya mampu tunduk lemah .Hatinya diserang kebencian . Suasana amat sunyi malam itu . Hafizul juga hanya membisu .Masing-masing seperti terkaku . Hafizul bangun merapati dirinya dan tika tangannya disentuh dapat dirasakan badannya seperti terkena renjatan elektrik . Dia pantas menarik tangannya daripada di sentuh .
“Wani ,Awak dah jadi isteri saya yang sah . Saya tahu perkahwinan ni bukan diatas kerelaan awak .Segalanya kerana orang tua kita .Saya pun turut menjadi mangsa keadaan .”
Dia tahu Hafizul adalah merupakan anak sulong penghulu Hasyim .Beza umurnya adalah tujuh tahun . Insan itulah yang selama ini diam membisu menemani adiknya Faiz ,kekasihnya dulu . Zaman sekolah lagi dia tahu Hafizul juga sudah ada kekasih iaitu Kak Siti .Tiap kali cuti semester dia akan berjumpa dengan Faiz pada masa sama juga dengan Hafizul itu . Cinta yang di pupuk bersama Faiz selama 4tahun sejak di tingkatan3 hilang begitu sahaja.
.Semua orang kampung tahu hal itu dan perkahwinan ini telah mencetuskan cerita-cerita yang kurang enak di dengar. Dia telah merampas Abang Zul daripada Kak Siti semuanya gara-gara orang tuanya . Dan dia digelar perempuan yang tidak tahu malu kerana bercinta dengan adik tetapi bernikah debgan abang malah perkahwinan ini di rancang oleh ibunya . Tekanan hebat menyerangnya tika ini .Ditambah lagi apabila Faiz hadir tika saat dia ijab kabul . Hatinya sayu memandang wajah kekasihnya . Air mata yang berlinangan di seka di kelopak matanya .
Dadanya sebak serta sesak . Kenapa Faiz hanya membisu ?Kenapa dia biarkan aku menjadi milik orang lain? Seribu persoalan bermain di benaknya .
“Jadi apa yang kita nak buat sekarang Abang Zul? Abang Zul nak ceraikan saya pun saya tak kisah dah . Hati saya dah mati .Mati dengan perbuatan mak saya .Apa nak jadi jadilah.”
Wani terus berlalu ke bilik air .Hafizul hanya menunduk lemah .Dia juga buntu .Malam itu keduanya tidak dapat melelapkan mata . Hafizul menawarkan diri untuk tidur di lantai pada malam itu .
Keesokkan harinya ,Wani terus mengikut Hafizul ke Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai Pereka Grafik di salah sebuah syarikat swasta temannya .Kondominium sederhana itu sunyi .Dia di tinggalkan sendirian selepas suaminya itu pergi kerja . Mereka tidur di bilik berasingan sebelah menyebelah atas persetujuannya. Hafizul tidak membantah . Cermin tingkap beranda di biarkan terbuka .Lama dia termenung di hadapan television.
Pada pagi itu , dia bangun agak awal selepas menyiapkan sarapan untuk mereka berdua .Dimeja makan masing-masing membisu .
“Abang balik lewat malam ni” ringkas .
Semalam balik lewat pun tak pernah pulak bagitahu, getus hatinya . Dia hanya mengangguk seperti biasa .
“Bila result upu wani akan keluar?”
“Hari ini..Insyaallah.Abang , Wani nak melayari internet kejap. Boleh?”
“Ok,Kalau nak guna komputer gunalah.”
Setelah kelibat Hafizul hilang daripada pandangan mata ,Dia terus ke bilik suaminya .Biliknya agak kemas bagi seorang lelaki.Pujinya di dalam hati.
Dia tergamam melihat satu bingkai gambar pernikahannya di sisi katil. Di atas katil kelihatan sebuah album gambar . Dia memberanikan dirinya untuk membuka album tersebut .
Hatinya berdebar .Didalamnya hanyalah gambar-gambar mereka ketika di ijab kabul dan persandingan . Lama dia menatap gambar mereka sekeluarga .Apatah lagi di dalam gambar terdapat wajah insan yang pernah memiliki hatinya . Perasaan bersalah menyerang dirinya .
“Maafkan abang.”
Wani berpaling melihat ke belakang .Hafizul berdiri memandangnya tepat ke arah matanya.Hatinya bergetar.
“Abang tak pergi kerja ke?”
“Tertinggal file .” sambil mendekati almarinya dan mencari-carinya sesuatu .
Wani bangun untuk berlalu pergi .Secara spontan Hafizul memegang lengannya . “We need to talk .” pintanya ringkas .
Terkejut mendengar bunyi botol mineralnya yang kemik secara tidak sengaja akibat di genggam tadi menyedarkannya daripada lamunan. AH! Keluhan berat dilepaskan . Aku mengelamun lagi..Melihat jam tangan menunjukkan 9.00pagi dia tahu dia harus bersiap untuk ke cafe.
Entah kenapa setelah setelah sekian lama dia disini , dia teringat kembali hal itu .
, “Hai!! Akak dah sarapan tak?”
Dia hanya memandang kosong , “Mimpi takda tiba-tiba panggil aku akak ni pehal beb.Selama ni tak pernah pun.”
“Saja..Mau usik kamulah..Memang takda perasaan betul . Apalah kamu ni.”
“Dah..Tauke di mana?”
“Ada kat belakang . “
“Ok.”dingin sahaja nadanya .
“Haa..Ijat sudah sampai..Hari ini bapak mahu kamu jadi pelayan ..Gaji hari ini dibagi extra sikit . Sebab ada pekerja kita yang jatuh sakit.”
Dia hanya mengangguk kecil. Selalunya dia hanya membantu memasak dengan taukenya dan membasuh pinggan serta menyapu .
Semasa melayan pelanggan tika itu , dia dapat melihat kelibat seorang lelaki yang cukup dikenali yang turun daripada sebuah kereta BMW . Disangka orang lain tapi dia tidak menghiraukannya .Mungkin pelanduk dua serupa.bisik hatinya .Cuma bermisai dan berjambang.Apabila melihat lelaki tersebut duduk di meja hujung sekali ,dia terus pergi mendekatinya.
“Encik nak pesan apa-apa?” Lelaki itu memandangnya agak lama .Gila ! Hafizul ke ni! AH! Tak mungkin,teriak hatinya .
“Nur Salwani Aizetty?”tanyanya spontan Inginkan kepastian .
“Maaf Encik ?”berpura-pura tidak kenal .Betullah dia . Pehal buat kat sini ni .
“Ijat ! Oder tadi dah siap meja nombor 5!”teriak tauke lantang .
“Ok Boss!”berpaling memberi isyarat pada taukenya .
“ Erk.. Encik nak makan apa tadi?”
“Satu tea ais limau dan nasi putih lauk ayam dengan sayur goreng. Itu sahaja.” Matanya tidak berkelip melihat tubuh dihadapannya.Ijat??Mungkin pemakaiannya seperti lelaki tetapi entah kenapa hatinya pasti itulah isterinya.Isteri yang di rinduinya.
Apa yang dia buat di kolej aku ni?