Sunday, December 30, 2012

I am READY !! yEAH~~

I AM READY !
YEAH~~

 ahaha ...
untuk per?
firstly:: I am ready to facing the final exam ...
second...: i am ready to.... go to the camp..errkkk (tipu semata)

btw  byk  benda  terjadi  kat  rumh baru dan housemate baru . Tahun depan dah tahun  baru  semua mesti bercakap azm  baru . dan aku  sambut  tahun  baru dengan  final  exam . Oh my Allah!!! OMA OMA~~

i dah berkongsi duit utk beli brang dapur ~ ~~ waaaa (T.T)  WHY ?
saja je... segan bila diorang ajak makan .. dah la tak kongsi beli makan yg owg punye.. ting!

so , ermm..

tahun ni untuk cuti sem ni aq tak balik rumah a.k.a stay here at college...
mesti bosan  gila .. bagi korang lah patot ke aq join pasukan sukarelawan ke Labuan anjuran kolej kediaman ? masalah dia skg ni fee to go there is about rm250 ~~ ching3x! money flow out like a water ......
 adoiyai...dah la tu lepas kem tahunan i yang entah apa2 uh .

sakit dowh . nenek i meninggal pada 27th Dec 2012~~ dan i just stay here ~alone  .
tapi Xpalah walaupn bgitu  i must face it right. diorang (family) mungkin faham~ i got an final exam 2 jan2013~~haha happy new year!

lagi pun tiket flight on the port cecah seribu kot lau i nk terbang terus ke KB....melainkan ayahku tauke kelapa sawit~erk..tetibe..

sedih. nak exam . macam2 mengganggu i ..
sapa tak sedih dari i umur 1 hari hingga sekarang nenek i ada bersama .
wapun i always kene lipat tapi tu biasa lh i kn budk kecik yg nakal ~(blh tahan lah.),
tpi tu lah dia kenangan . arwah dah selamat dikebumikan tengahari tu jugak  .

dan esok lusa i will have final exam ..so doakan agar i dapat jawab dengan excellent dan puas hati ~amin .! moga dapat score.!

dan macam biasalah. ada seorg kawan ni. dlu bukan men baik gila2 tapi sejak akhir2 ni dia buat tak nampak je i . sebesar2 i yang gemuk ni dia buat tak nampak . dan i nampak begitu bodoh sebab nak tegur dia . LOL lawak antara benua .

tapi macam biasa lah . i tak akan menyesal hilang kawan yang macam tuh .
sebab nikkizhaties cuma berkawan dengan orang yang betul2 cool relax dan bijak dan paling penting . ikhlas . takda hasad dengki ~seriosly ~ tamau dengki2..  (^.^)

dan orang yang selalu cari salah atau buat i macam banyak kontroversi tu ,, i just say that i am glad that i am the one that so important in your life sampai nak menjatuhkan airmuka i  dan  selalu bagi pahala free kat i .. Thank you dear ... thank you so much  . I love it .

macamla i ni artis pujaan ramai nyah!  mulut dia perrggghhh ,, boleh dia cite macam i lah org pertama jejak kaki ke matahari.. LOL . metaphore....
 ok lah .
tu je entry kali ni...

just for share my life story  to you all ..
<3 <3 Thanks 4 reading! <3 <3

Friday, November 30, 2012

chapter4 ~~Aku budak HATI BATU

Pagi itu aku tidak mahu membonceng motosikal itu..
lantas kaki ini menampak ke stesen bus berdekatan...Suasanan pagi itu amat lengang sambil menunggu  bus tanganku lantas menyeluk saku dan mula mencapai kotak rokok di dalam saku . Pemetik api dinyalakan membakar hujung pangkal puntung rokok tersebut .
Berkepul-kepul asap rokok menerawang,,, Hon.11hon..!!
Lantas muka berpaling ke arah bunyi itu...
Kelihatan sebuah kereta Porche dari jauh mendekati stesen bus tersebut .
HatiKU dapat mengagak siapa empunya diri kereta itu . Puntung rokok di campak di longkang berhampiran .

"Dr.Lee. Selamat pagi !" seperti selalu sapaanku di balas dengan senyuman ikhlas .Manis . Pensyarah yang menjadi pujaan ramai gadis-gadis di universiti ini terutamanya di fakulti aku . Aku mengangumi beliau juga namun tidak lah sampai sanggup bertolok gadai seperti kebanyakan pelajar perempuan yang ingin menggodanya walaupun tahu beliau sudah mempunyai anak dua orang.. Agak sadis di situ . Jika berwang kita akan di puja . Jika miskin , di layan bagai anjing kurap ! Manusia.

"You mahu pergi mana? Mari i tolong tumpangkan " ujarnya ikhlas.

"Mahu ke kelas la..Kan pagi ini kelas Dr. Lee pukul 10 pagii "

"Banyak awal lo kamu ini.. sekarang belum jam8 pagi lagi.. Tak apalah masuk-masuk "

Kakiku segera menampak ke dalam keretanya .

"Menyusahkan Dr je,, Kalau boleh hantar saya di library lah dulu." Hehehe..

" Boleh aje..  Ini saya perlukan pertolongan kamu.Memandangkan kamu ini salah seorang pelajar cemerlang . Saya mahu minta tolong kamu untuk bantu senior kamu di makmal untuk uruskan pelajar tahun satu . Esok free x? jam 9pagi hingga 12tengah hari?"

"Boleh rasanya  . Lagi pun esok tidak buat apa-apa pun . Sekadar tengok-tengok apa salahnya ."

"Baguslah kalau begitu ."

"Kamu nak tau tak...haiya pelajar tahun satu sekarang banyak .....Bla3" alkisah mulalah leterannya yang panjang lebar .. Aku cuma mengangguk  Ya , Oh ya ke? . Ermm n AH...
Perjalanan 15minit itu berlalu begitu sahaja  . Penat juga dengar Dr ni berleter .

"Terima kasih Dr.!" ujarku mesra .

"Ingat itu esok . Masuk makmal tolong senior master kamu itu . Ini nombor telefon senior kamu itu" sekeping kertas di hulurkan.

"Ya,,baik Dr!"

kereta pensyarahku tadi berlalu begitu sahaja .Beberapa minit sudah lesap hilang dari pandangan mataku .
Esok .. Masuk makmal .Eh, tapi experiment apa ?? Aku melihat nombor tertera pada kertas itu . Macam mana aku nak telefon ni.Public phone! Arrrgg...kat kampus aku ni ada ke public phone terutama sekali di pustakaan ni. cET!


DISEMBER

My entry today is about "good bye november"" and "warm welcome to the disember" ..
this is because....
every year in november i was very unlucky.. seriously it is.
i am facing a lot of problems , problems with friends and people surrounding...
now there are Disember my "saver months" tomorrow is disember at one moment i feel so free ...
free of nothing.. i guest..
problem  will still come and go...
and i realize that i can not controlling my self on november .. seriously i feel damn hate to november.. unlucky for me... bad thing or bad luck...
tomorrow my day ...bye2 november,..
welcome disember...
i am feel so happy because today was the last day of november!

i might face the same problems but i knew that i can be me tomorrow until next november will come.
feel fear to my problems but as my friend say... just go through and take responsibilities what we have done and let God do the rest.

so, why i must feel so fear over my own shadow..
facing faking damn person like i always did..
tomorrow is new day...
a new months..
a new moments..
everything just perfect in my mind ..
eventhough the certain thing always chasing me up ;
tibe2 rasa xsedap hati..

anyway i don't care..
bye2 november..
you taught me a lot..

Monday, November 26, 2012

SEDIH

pagi ini tatkala aku membuka mataku..
sekelumit rasa sedih timbul pada pagi yang ceria ini..
sedih kerana aku tidak dapat balik cuti semester ini..
sedih sangat..
lagi sedih final dh sebulan...
cuti semester bermakna kena hadapi exam dulu...

semalam keluar dengan kawan..
makan dan jalan-jalan dan makan lagi di waterfront kuching...
dan tika ini aku sedari betapa aku rindu pada dia...
aku rindu pada mereka..
mereka yang menyanyangi aku melebihi nyawa mereka sendiri..
saat menikmati milo panas yang aku pesan ..
memandang pada sungai tenang ..
ingin sahaja mahu lihat buaya tapi tidak ada pun..

home sick----> 

Saturday, November 24, 2012

PUISI HARI INI

Hari ini..
kau membuka auratmu...

membiarkan mata-mata insan berhati musang menyelongkar setiap inci tubuhmu yang gebu ,
menjemput mata-mata musang yang berhidung belang memandang padamu  tepat saat dirimu berlagak gelak manja..
mengundang buaya darat untuk menelan tubuhmu yang menggoda itu ,,
wahai insan yang bergelar wanita...
dirimu teramat halus serta amat dihormati..
kecantikanmu tiada tolok bandingnya meskipun dikau tiadalh kurus .kulitmu tiadalah putih

dan rambutmu tiadalah ikal mayang...
pasti mengundang setiap mata yang akan melihatmu..kerana dirimu adalah seorang wanita!!
wanita yang amat diingini setiap para lelaki..,
meskipun lelaki itu adalah seorang yang bercinta pada lelaki jua..
tidak percaya?
cubalah kau goda lelaki itu pasti tiada di tolaknya tubuhmu bahkan hingga ke ranjang akhirnya,,
ibarat biawak :tiada ditolaknya bangkai itu malah dirobeknya seperti memakan daging yang baru sahaja tersedia..

wahai wanita..
dikau membenci aku yang inginkan kesempurnaan ..
kau membenci aku yang inginkan rasa hormat daripada mereka yang bernama lelaki..
kau berasa menyampah akanku dan menganggap aku ini alim.
mungkin kau memberitahu rasa panas itu sekiranya aku menutup auratku
namun kau lupa akan panasnya akhirat itu .
dimana tempat yang pasti dijejaki jua meskipun hatimu tidak rela.
kerana itu jua sebenarnya tempat kembali..
dunia ini hanyalah persinggahan . maka:
izinkan aku menjadi diri aku..
janganlah diriku dikau jadikan bahan ejekan ..
jangalah aku menjadi tajuk perbualan umpatanmu..
kerana aku tiada mahu ke neraka kerana menjadi bahan umpatanmu ..
kerana aku tidak mahu ke neraka kerana  membuat dirimu rasa benci padaku.
biarkan aku dengan diriku kerana tiadalah aku kisah atau marah padamu  kerana pakaianmu  kini.
pernah aku menegurmu  dulu supaya aku tetap jalankan tugas aku sebagai umat manusia yang saling memperingati .. aku ikhlas memberitahu tiadalah niat di hati ini untuk mengajar kerana aku tidaklah berjalan lurus kerana aku jua manusia yang pernah sepertimu.....
biarkan aku dengan diriku kerana tiadalah aku kisah atau marah padamu  kerana pakaianmu  kini.
pernah aku menegurmu  dulu supaya aku tetap jalankan tugas aku sebagai umat manusia yang saling memperingati .. aku ikhlas memberitahu tiadalah niat di hati ini untuk mengajar kerana aku tidaklah berjalan lurus kerana aku jua manusia yang pernah sepertimu.....

Friday, November 23, 2012

KEBEBASAN

KEBEBASAN itu amat abstrak maknanya bagi seorang penulis yang cetek ilmu seperti aku. Berkarya pada blog  kosong yang tiada erti pada sesiapa pun .Ibarat diari catatan yang membuang masa dan saat siap sedia  terbuka untuk semua pembaca yang sekadar untuk merehatkan minda.

Aku pengkarya bebas , seorang sukarelawan , aku seorang pelajar Yang masih belajar apa itu erti hidup . Hidup aku bebas ,, tidak seperti saudara-saudaraku yang kini berpantang ajal maut mempertahankan agama dan Maruah negara yang sudah berahun lama dinodai..Aku bersyukur dengan suasana aman ini . Terkadang timbul kegusaran hatiku tentang merdeka kah kita selamanya? Aku mungkin tidak berperang seperti mereka tapi aku "berperang " dengan saudaraku sendiri disini .Saat Saudara seislamku berperang mengalir air mata dengan peperangan , aku disini terbelit dengan masalah yang ditimbulkan saudaraku juga.Aku terkesima melihat saudaraku tika ini yang bermati-matian ingin berbalah sesama sendiri membawa ego yang aku tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya,,

tetiba jiwa ku kosong...
lantas beristiqfar,,...
nasib baik aku jauh dari keluarga..
tiadalah mereka sedih melihat aku yang macam ni..
nasib baikla..

aku melihat pada hati2 yang sering menimbulkan masalah ini tiadalah mereka solat 5kali sehari namun ku lihat gigihnya belajar seperti mahu hidup selamanya didunia,, dan aku.. terkadang aku tiada jualah sempurna namun aku cuba untuk sempurna .sejujurnya jika hati kita dekat bersama-Nya pasti kita terlindung daripada kecelakaan serta bala,. Namun semua membutakan mata dan menganggap gampangnya semua itu.
Hari2 aku tidak akan sempurna tanpa Subuh ,, Tidak rehat diriku takpa zohor Tidak setenang asar yang merehatkan  , pengubat masalah magrib dan tenangnya aku untuk belajar sesudah isyak..

sahabat aku memaafkan aku kerana Allah swt.. memaafkan aku atas kesalahan yang aku tidak lakukan . tidak mengapa , hati aku juga belajar untuk memaafkan tapi bila teringat kembali betapa peritnya difitnah aku lantas membatukan diri maka timbul hati ini ada benci.. aku kan cuba untuk membuang  benci ini kerana tidak mahu hatiku kotor kerana benci nanti .yang membuat aku bercinta semua memikirkan aku ini seorang yang pentingkan diri..Pentingnya diri aku  kerana tidak tunduk dan patuh seperti pak pandir , tidak mengampu manusia yang berpangkat tinggi , Penting dirinya aku ini.hingga manusia lain memikirkan aku ini pelik . Lantas aku keliru lagi. Apa yang mereka ingin dari aku ..katakanlah..
mati hati ini jika ingin memuaskan hati orang lain .........

Tuesday, November 20, 2012

JIWAKU !!



JIWAKU

jIwA KU amat kacau..

tinggal disni buat aku makin rasa hilang pedoman hidup..matlamat yang berterabur,, kehakisan kasih sayang ...
sahabat yang mengkianati membuat aku hapus terus kepercayaan kepada semua raga manusia ..

rasa hati dilukai dgn tanpa belas kasihan ..dengan insan yg tiada makna padaku ..
aku keliru samada aku yg tiada makna atau mereka.
hidup dgn penuh hipokrasi di rumah DISINI ini...aku harapkn sinar dari Illahi..hati yang kelam diselubungi kesedihan melampau mematahkan semangatku untuk berjihad di bumi Allah..berjihad untuk belajar...


rasa rindu pada keluarga , pada sapaan mesra teman2  serta hila tawanya seorang kekasih juga belas kasihan daripada Pencipta ..aku hilang itu  pada kali ini..kepercayaan yang dirobek..di hukumi bertalu2 oleh si dia menyebabkan hati ini jasad ini ingin hilang dari muka bumi...resahnya hati bila memikirkan samada berjayakah aku semester ini menempuh pelbagai ranjau onak dan duri yang datang lebih teruk daripada semester atau tahun2 yang lepas ..sukar jika hidup  mula dibenci orang..sukarnya hidup bila mula didendami orang..sukarnya hidup bila dijauhi teman2 yang baru saja disemai budi dan jenaka..sukarnya hidup bila insan yang mencintai menghukumi membabi buta..sukarnya bila tiada dapat menatap wajah2 yang menenangkan lubuk hati dikala resah,...tapi aku harus sedar..hidup perlukan kesabaran....kesabaran yang terkadang menguji keimanan.....keimanan yang hanya senipis kulit bawang....keimanan yang seringan kapas atau debu yang berterbangan..aku berdoa agar aku masih lagi waras dan sabar..serta cinta akan nyawa yang satu ini....
serta tidak mudah melatah diatas sesuatu pembohongan serta sedar akan matlamat yang jitu...

masalah ini cumalah sekecil hama dibenak otakku meskipun kesannya ibarat dilanda badai yang bengis seumur hidup..
oleh itu.. lantas aku mengucap astaqfirullah..alhamdulillah..aku masih bernyawa... alhamdulillah kebenaran akan terbit jua seperti terbitnya matahari di ufuk bumi...
menerangi duniaku hari ini meskipun terlalu banyak jerebu yang menghalang aku untuk melangkah , aku akan terus melangkah walaupun seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya..kerana aku yakin Allah Maha Pengasih yang akan menyuluh jalanku ke arah yang benar... rasa tidak percaya tapi itu yang sbenarnya..hakikatnya .