Friday, November 23, 2012

KEBEBASAN

KEBEBASAN itu amat abstrak maknanya bagi seorang penulis yang cetek ilmu seperti aku. Berkarya pada blog  kosong yang tiada erti pada sesiapa pun .Ibarat diari catatan yang membuang masa dan saat siap sedia  terbuka untuk semua pembaca yang sekadar untuk merehatkan minda.

Aku pengkarya bebas , seorang sukarelawan , aku seorang pelajar Yang masih belajar apa itu erti hidup . Hidup aku bebas ,, tidak seperti saudara-saudaraku yang kini berpantang ajal maut mempertahankan agama dan Maruah negara yang sudah berahun lama dinodai..Aku bersyukur dengan suasana aman ini . Terkadang timbul kegusaran hatiku tentang merdeka kah kita selamanya? Aku mungkin tidak berperang seperti mereka tapi aku "berperang " dengan saudaraku sendiri disini .Saat Saudara seislamku berperang mengalir air mata dengan peperangan , aku disini terbelit dengan masalah yang ditimbulkan saudaraku juga.Aku terkesima melihat saudaraku tika ini yang bermati-matian ingin berbalah sesama sendiri membawa ego yang aku tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya,,

tetiba jiwa ku kosong...
lantas beristiqfar,,...
nasib baik aku jauh dari keluarga..
tiadalah mereka sedih melihat aku yang macam ni..
nasib baikla..

aku melihat pada hati2 yang sering menimbulkan masalah ini tiadalah mereka solat 5kali sehari namun ku lihat gigihnya belajar seperti mahu hidup selamanya didunia,, dan aku.. terkadang aku tiada jualah sempurna namun aku cuba untuk sempurna .sejujurnya jika hati kita dekat bersama-Nya pasti kita terlindung daripada kecelakaan serta bala,. Namun semua membutakan mata dan menganggap gampangnya semua itu.
Hari2 aku tidak akan sempurna tanpa Subuh ,, Tidak rehat diriku takpa zohor Tidak setenang asar yang merehatkan  , pengubat masalah magrib dan tenangnya aku untuk belajar sesudah isyak..

sahabat aku memaafkan aku kerana Allah swt.. memaafkan aku atas kesalahan yang aku tidak lakukan . tidak mengapa , hati aku juga belajar untuk memaafkan tapi bila teringat kembali betapa peritnya difitnah aku lantas membatukan diri maka timbul hati ini ada benci.. aku kan cuba untuk membuang  benci ini kerana tidak mahu hatiku kotor kerana benci nanti .yang membuat aku bercinta semua memikirkan aku ini seorang yang pentingkan diri..Pentingnya diri aku  kerana tidak tunduk dan patuh seperti pak pandir , tidak mengampu manusia yang berpangkat tinggi , Penting dirinya aku ini.hingga manusia lain memikirkan aku ini pelik . Lantas aku keliru lagi. Apa yang mereka ingin dari aku ..katakanlah..
mati hati ini jika ingin memuaskan hati orang lain .........

Tuesday, November 20, 2012

JIWAKU !!



JIWAKU

jIwA KU amat kacau..

tinggal disni buat aku makin rasa hilang pedoman hidup..matlamat yang berterabur,, kehakisan kasih sayang ...
sahabat yang mengkianati membuat aku hapus terus kepercayaan kepada semua raga manusia ..

rasa hati dilukai dgn tanpa belas kasihan ..dengan insan yg tiada makna padaku ..
aku keliru samada aku yg tiada makna atau mereka.
hidup dgn penuh hipokrasi di rumah DISINI ini...aku harapkn sinar dari Illahi..hati yang kelam diselubungi kesedihan melampau mematahkan semangatku untuk berjihad di bumi Allah..berjihad untuk belajar...


rasa rindu pada keluarga , pada sapaan mesra teman2  serta hila tawanya seorang kekasih juga belas kasihan daripada Pencipta ..aku hilang itu  pada kali ini..kepercayaan yang dirobek..di hukumi bertalu2 oleh si dia menyebabkan hati ini jasad ini ingin hilang dari muka bumi...resahnya hati bila memikirkan samada berjayakah aku semester ini menempuh pelbagai ranjau onak dan duri yang datang lebih teruk daripada semester atau tahun2 yang lepas ..sukar jika hidup  mula dibenci orang..sukarnya hidup bila mula didendami orang..sukarnya hidup bila dijauhi teman2 yang baru saja disemai budi dan jenaka..sukarnya hidup bila insan yang mencintai menghukumi membabi buta..sukarnya bila tiada dapat menatap wajah2 yang menenangkan lubuk hati dikala resah,...tapi aku harus sedar..hidup perlukan kesabaran....kesabaran yang terkadang menguji keimanan.....keimanan yang hanya senipis kulit bawang....keimanan yang seringan kapas atau debu yang berterbangan..aku berdoa agar aku masih lagi waras dan sabar..serta cinta akan nyawa yang satu ini....
serta tidak mudah melatah diatas sesuatu pembohongan serta sedar akan matlamat yang jitu...

masalah ini cumalah sekecil hama dibenak otakku meskipun kesannya ibarat dilanda badai yang bengis seumur hidup..
oleh itu.. lantas aku mengucap astaqfirullah..alhamdulillah..aku masih bernyawa... alhamdulillah kebenaran akan terbit jua seperti terbitnya matahari di ufuk bumi...
menerangi duniaku hari ini meskipun terlalu banyak jerebu yang menghalang aku untuk melangkah , aku akan terus melangkah walaupun seperti orang buta yang kehilangan tongkatnya..kerana aku yakin Allah Maha Pengasih yang akan menyuluh jalanku ke arah yang benar... rasa tidak percaya tapi itu yang sbenarnya..hakikatnya .

Saturday, June 23, 2012

catatan peribadi ku... summary semester 2 sesi 2011-2012~

Macam2 yang jadi sepanjang semester 2 ..paling horrable aku berselisih faham dengan roomate..
sesetengah orang roomate is my soul my hearth tapi aku...
jauh panggang dari api....
sebab aku tak suka cara dia yang suka mencela mengumpat dengan budak2 rumah... aku sentiasa di selubungi rasa bersalah rasa sedih dan benci~Ya..kenapa ek?
sebab mereka mencari salah aku dan sentiasa cakap belakang aku apa lagi... aku pun manusia tapi mungkin sesetengh cakap aku ni tak patot bagitahu tapi aku tak bagi tahu semua orang seperti pada lelaki..Aku pun jahat jugak~suka jugak mengumpat.danpost something kat facebook..dan ramai pula cakap aku ni jahat~so mungkin jadi jahat adalah sesuatu yang boleh aku lakukan tapi aku tetap nk cuba jadi baik.....
mereka menyumpat dan menceritakan hal aku ya kOnonya Pemalas .Suka Menuang(curi tulang) , hisap darah kawan....Aku akui sebab aku buat sekali je tapi adalah hamba Allah ni buat cerita pasal  aku sengaja  padahal seriusly aku tak sengaja disebabkan aku jadi kerap demam dan sakit.. ~dia baik tapi pada masa sama macam makan aku perlahan2 cakap aku ni itu dan ini... dan.aku menangis jelah..Biar jelah.salah aku .dan aku  cari si Dia.. kenapa dia macam tu.. skuad aku yang tak kenal aku siapa akan bela lah dia.. tapi tulah.. ia amat menyedihkan bila seseorang judging kita dan fikir negative pasal kita at last benci kita,,,, aku tetap bagi positif thinking tapi bila semak gila otak aku startlah cari kawan yang aku fikir sehati sejiwa... kenapalah  aku cari orang2 tu....last2 sahabat itu cakap aku tak patut mengadu macam tu kat diorang.. so kita dapat bezakan kawan ,sahabat dan blog(#tetibe)  jadi aku patut dia. aku cuba nk cerita  pada si Dia
tapi sayangnya...si dia pun tengah jiwa kacau....macam sehati sejiwa ~~aku kacau ; dia pun kacau~..ape da..mestilah sehati sejiwa...bakal suami.oops/...amin...(~.~)haish nik..

tapi semua tu aku dah biakan je..aku tahu sapa yang tak suka dan selalu buat orang lain hasut orang lain supya tak suka aku....hahaha tapi aku manusia mestilh nak cuba bersihkan nama aku yang busuk explaining to the people that i am not like that but  sahabat yang arah aku dan benci aku ;cakap people akan judge dengan perangai aku . Hellow AKU BUKAN MALAIKAT~AKU MANUSIA . aku macam ni tak suka  tak pe..ko lepak dengan aku bape jam?
ko jalan tak dengan aku.? makan dengan aku? tido sebilik?
dan kata2 aku kenapa semua orang fikir aku serius sedangkan aku cuma nk bergurau.who are me? aku ni Terhormat sangat sampai perlu hanya dengar Mutiara kata~i was nobody.. i just same as regular people!
shut up and go on!! (aik.keliru kejap) (>.<)
biar jellah.......

one day people will knew the truth..

aku pegang ayat nih..
LoVe must in the Hearth...
Trying to be the best.....

dan utamakan (missing something) ....

dan akhirnya aku cuba berbaik dan cuba...amat kelakar bila ada sahabat marah aku sebab hidup aku macam ni;
aku bergaul  macam biasa tapi aku dah biasa makan seorang .....
aku dah makan takkan nk bralih tempat dan sahabat seorang lagi dah kenal aku setahun..dia baru tahu..
tak apalah...
biar sahajalah...

orang suka cakap pasal aku padahal orang yang cakap tu tak kenal pun aku sape...so sape yg positif sape yang negativ sekarang ni....aku dah gelak sangat2....
aku negativ sebab aku nk selamat . Tapi aku positive senyum dengan orang dan makcik cleaner pun aku salam ~(lepas solatlah kat surau_perasan bagus)
selamat daripda orang yg busuk hati...
tapi sampai kiamat tak akan adalah...hehehe..
jadi aku kene belajar jgn busuk hati jugak..
terima kasih pada si Dia...

Dia byk menderita kerana aku .. Maafkan aku..aku setia tapi aku tahu Setia mungkin tak memadai...
Aku akan belajar.... jangan marah eh...
huhuhu...

aku cuma manusia.jangan harap aku sempurna kerana aku amat3 lemah dan tidak semurna kerana aku makhluk ciptaan sama macam kamu.........

Monday, January 30, 2012

Antara Surah Yang Banyak kelebihannya~~~

  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was .   ALLAHUAKHBAR!

Friday, January 20, 2012

some advice to me n friends out there..

I knew what the problems that i face,
then i just ignore the haters and move on 
with 
my life.
I will Prove that i am capable to become 
someone successful one day.

Thursday, January 19, 2012

Tanda tanda kematian



article ni di share dripada copy n paste~~~~ ngeeee :))

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya. 

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Saling berpesan2lah sesama kita.....

absolutely.!

LIFE 
IS 
  SHORT , 
     make it SIMPLE ,
   AND SEXY !