Sunday, September 18, 2011

aku!

Aku terasa nak kongsi pengalaman aku sepanjang datang UNIMASni...adoila....lucu bila fikir balik...bayangkan sepanjang orientasi aku dahla terlepas banyak ceramah namun tu aku tak peduli angat tpi...haha...Kisah hari pertama aku di Fakulti aku....Pagi tu aku terlewat bangun..pukul6pagi dah macam pukul7 pagi dah...bayangkan..
Berkejar2 aku ke Fakulti semata2  nak dapatkan jadual nasib beklah fakulti aku edar2kan jadual free kat student baru... then hujanla renyai2...Jeng2..
Di bus stop hujan makin lebat ,aku n kawan2 aku marian,ecah tetap nk tunggu bus padahal jam dah tunjukk pukul8pagi..Cuak a jgak..tkt2 lambat masuk kuliah pertama.Then jam berlalu pukul 8;10 pagi,....kitorang pun decide pergi koperasi jelah dah alang2 lewat ni...hehe..
Berjalanlah berarak dalam hujan lintas jambatan n sampai fakulti..dengan payung baru~~~derr..
lepas tu beratur amek jadual aku pun berpecahlah jalan sorang2 ..sraight je aku jalan hingga lupa yang depan fakulti aku tu jalannya tak rata...ape lagi...GEDEBUK! sakit siot...dikelilingi ramai pelajar len yang berteduh di tepi kaki lima fakulti..malu...tapi aku terus bangun selamber...lutut xpyh cakap r...luka2...sikit aje...huhu...
Dah pagi tu aku takde kelas so berjalanla merentasi tasik di UNIMAS tu...SORANG DIRI sbb xda orang yang nak berjalan kat situ kerana tiba2 bunyi guruh n kilat..memg tawakal gle a....aku set ckp beb..........
takut kilat punya pasal aku tutp payung off tpn n berjaan dalm hujan yang tiba2 je lebat masa tu.....lecun kuyp habis...seksi woo~~~~
mujurlh masa lepas lintas jmbatan tu aku nampk bus dri jauh........pe lgi aku tahan bus n balik kolej..~~~
FIRST DAY KULIAH,AKU DAH JATUH LUKA2 N MANDI HUJAN..
msh teingat wajah pemandu bus tu...tekejut sgt2...penumpg len..xyah ckp le~~~


Hari kedua kuliah AKU HADIR UJIAN KECERGASAN  PALAPES...orang len lari aku lari tapi masa 4x10meter tu..entah kenapa..GEDEBUK sekali lagi,,kemarin luka lutut kiri..hari ni luka lutut kanan..dua2 luka........aku bangun jelh..xkn nk nangis situ..well budk bachelor~~~lalal~~senget ase..


n Hari ni HARI PERTAMA pindah kolej masuk markas PaLAPES DARAT.....aku dapat hadiah lagi...tersadung di longkang...melayang file2 kat tangan...ramai jgk yang tgk..tp aku cenggitulah.... JATUH SENDIRI  PANDAI2LA BANGUN SENDIRI lps tu gelak sorang2...BETIS TULANG KERING DAH BENGKAK BIRU..PEDIH SIOT....Skg..makan malam juga sendirin....mak ayah di semenanjung..aku merantau di Sarawak......


TEMpat yang jatuh lagi di kenang..memory yang aku kan ingat a sampai bila2...esok...aku tak pasti la pe lagi yang jadi nagn aku ni...errmmm~~~

Friday, September 16, 2011

Alhamdulillah.......
Aku kini berjaya mendaftarkan diri ke UNIMAS!!!!
UNIMAS GEMILANG!!!!!
Yahoo...
Now life in matrix already become a past in the memories....
i have a new spirit to keep alive in the world till the end of my life..
i had a new friend much better then before this...for thise my followersS ..
During in my village i did not get reach a better internet wireless... in another word broadband kena band..~~haha..lalala~~~
 n that moment i already wrote some story like a love novelles....
its just a story about my imagination nothing more then thats.....so....enjoy!!
=)

Monday, April 18, 2011

Rezeki!

SALam Syukur kehadrat Illahi.....
Aku dah habis exam.........Semog aku berjaya ke university.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


I in LOVE!! yAHoo....
Why?? In love wif my kampung larh....Apataknya, habis je duk cni...aku akan balik kampung di kelantan...
Malam ni kawan2 budak dorm aku berpakat ke makan mcam buat perpisahan kat cafe tp aku taj join..Bukan jual mahal aku tengah sengkek kowt...Adalh Rm10 je lam beg duit ku....Makan kat kantin yang free taknak,,Maklumlah berlaukkan ikan la katakan...Ermmmh....


Tapi aku tak turun terasa malas tadi.....
Dan tadi aku terasa amat lapar yang amat..Pelik juga kenapa aku rasa lapar je...
dan aku pergilah tanya ngan budak2 dorm kiub sebelah menyebelah ada tak megi aku nak beli je...kira murah2 ok je...Hehe... tapi beliau bagi percuma je....
Ya Allah , Engkau telah kirimkan hamba yang amat permurah yang tak lokek untuk memberi meegi percuma kepadaku tanpa bayaran serta balasan...
Mula2 nak amek segan gak...Aku tipulh cakap dah kirim makanan kat orang lain tapi beliau paksa aku ambik..Terharunya..Dan hanya Allah saja boleh membalasnya..Semoga dia murah rezeki.Amin...


Dan aku teringat pula satu ayat Al-Quran tentNG Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima............firman Allah swt..


Aku berasa amat kenyang dan terlalu bersyukur kerana dikelilingi insan yang pemurah dan baik hati..Tidak pernah ku terasa dihargai begini.Alhamdulillah........




p/s;terima kasih Ainatul !

Thursday, April 7, 2011

7 ALAM

Salam...
Hari adalah hari yang amat aku gembira...apa taknya.......minggu depan dah exam dan aku dah ulangkaji seluruhnya..yang tinggal nak hafal dan menebalkan hafalan..Ermmmm....
Ulangkaji dan menghafal.....bukan itusaja kerjaku sehari2 ni...Tika aku mengulangkaji ini....xsemena2 ada insan hamba2 Allah di kiub sebelah  ini suka sangat mengumpat...Apa guna anda belajar sehari2 tapi in the evening nya anda mengumpat pasal kawan2 anda ....Mention pasal pensyarah tu ini dan sebagainya.....Manusia....Agak2 nak  mngumpat pun...Dah nk exam kot...


Orang kata jika kita lakukan maksiat  , ilmu tu susah nak enter in the heart...........Sesungguhnya ilmu itu adalah nur dan nur tidak akan hadir dalam hati2 yang melakukan maksiat.........
Ingat..ini pesanan untuk aku dan pembaca jua...


Jangan kita ingat untuk senang kan hati kita kerana rasa benci pada seseorang kita boleh menceritakan dan memberitahu perihal aibnya...Adoi.....Hingga pasal minum air tak minta pun diberitahu..Nauzubillah.Kenapa hati kita susah untuk maafkan seseorng ?Kenapa hati kita sering menabur fitnah?Kenapa kita susah nak melupakan sesuatu yang remeh??


Jawapanya senang...Hati kita.Bila hati kita terluka dan tidak meletakkan Allah sebagai tunjang untuk menjalani  hari2 kita maka senaglah kita berasa benci sedangkan benci itu akan menjadi racun dalam diri........Allahualam..


Semua orang tahu dan berikrar  tentang "Sesungguhnya ibadatku,solatku,hidup dan matiku hanya kerana Allah swt" namun adakah kita sering teringatkan Allah??Pernah kah ketika kita jalan2 disekitar bandar kita melihat permandangan yang kurang menyenangkan atau tengah membeli-belah hati kita ingatkn Allah??


Kalaulah kita sedar yang setiap hari kita hanyalah melakukan sezarah kebaikan sebenarnya dan infiniti dosa!!
macam2lah....Adoi......Aku akui setiap hariku sering berbuat dosa oleh itu ringan2kanlah diri anda untuk membentangkan sajadah untuk solat sunat taubat....Tak kisahlah samada solat kita itu dikira atau tidak tapi lakukanlah kerana kita tidak tahu bila ajal kita datang.....Mana tahuselepas anda baca blog ni tiba2 ajal anda datang ataupun tengah2 bukak laptop atau komp  anda kene elektrik ke dan anda mati terus??xpun hanya kerana terlanggar batu pun anda biasa menemui ajal....


Ustaz aku pernah bagitahu yang Malaikat Maut melihat akan kita sebanyak 70kali sehari!Bayangkan 70kali sehari...begitu intimnya malaikat maut ni dengan kita..Ya Allah......Ya Allah...


Bayangkan tika tengah meramah mesra , bertempuk tampar, mengumpat dengan sahabat2 atau bermadu asmara dengan kekasih kita , malaikat maut melihat kita....siap menunggu arahan sahaja untuk mencabut nyawa  kita!!Bila kita nak bertaubat.......................?????


Mungkin kita lupa itu...............
Aku pun begitujuga....


Kita hidup sebenarnya sudah menjangakau di alam ke empat dimana kita di alam dunia....Ada 7 alam yang seseorang manusia perlu hadapi tiada jalan lain untuk lari macam nak lari daripada exam atau test.....


7 Alam itu ialah :
1)alam malakut-alam roh


2)alam zuriat-air mani

3)alam rahimah-kandungan ibu

4)alam dunia-sekarang

5)alam barzakh-mati

6)alam masya-dipadang masya

7)alam akhirat-syurga atau neraka.


nak tahu lebih tanyalah ustazah anda atau pun kumpulan2 usrah anda....

tahu daripada mulut yang arif lebih baik daripada aku ni....huhu...
Tuntutlah ilmu kerana Allah swt...Allahualam.

wasalam.

Saturday, April 2, 2011

usrah~~~di Asramaku



Salam!..

terima kasih kepada follower baru diblog ku yang tak seberapa ini..Hehe..Dan juga kepada anda yang sudi membaca cebisan2 yang biasa2 je kat blok nikkizhatie ini..ku agak menghargainya.


Alhamdulillah wpun agak masin ar~~~~rezeki katakan.
Pagi aku selepas makan nasi goreng yang kiubmate aku tapau dari kantin aku tiba2 terasa nak sangat kongsi tentang ushrah yang nakibah2 buat semalan di dormku....
It interesting to share...Semua orang agak liat untuk segerakan solatkan...Dulu aku pun begitu juga...kerap jugak di pukul mak masa kecil2 dulu kerana liat nak solat namun kini aku berterima kasih kepada orang tua ku yang sebenarnya amat sayang padaku,,Andai diorang takpedulikan aku ..mesti aku tidak seperti sekarang...OK..now 
ianya tentang Solat~~~
sebenarnya banyak hikmah kenapa Allah swt suruh kita solat...........
Entahlah dimana diorng(nakibah cedok ni semua tapi  sekadar untuk pengetahuan sahajalah..)Hehe..
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbuatan dalam solat :3perkara asas dalam solat-berdiri lurus emosi stabil dan tulang.
Keselesaan perlu semasa berdiri tegak untuk mengelakkan patah tulang...

0)Angka tangan takbirratul ihram-semasa ini paru2 akan dapat kenbang dan kempis  . dapat menyihatkan mata (membetulkan urat saraf) ,megutakan otot dada.melancarkan darah ,kuatkan pendengaran dan telinga dan konsentrsi.

1)Rukuk-rukuk sebenarnya dapat meregangkan tuLang belakang dan memanipulasikan cairan otak,,,jadi darah2 didalam saraf dapat mengalir dari belakang hingga ke otak..dan hal ini darah dapat sampai ke otak..

2)Sujud -juga dapat membawa oksigen dan zat makanan ke otak..'

3)Duduk (ikstisraj)-ia dapat menghentikan darah ke otak dan lebihan pengaliran darah ke otak sebentar selepas rukuk dan sujud...hal ini juga mengembangkan saluran darah di dahi..

4)Selepas sujud dan berdiri-ketika ini oksigen akan mencapai 97%-100% dalam badan kita dengan denyutan normal.

5)Iktidal'sujud-berkaitan dgn perut dan usus dimana sistem pencernaan dapat dibaiki ,selain itu perbuatan ini dapt menegangkan dinding abdomen dan mencegah ermia(bonjolan di tempat sulit bg lelaki) dan memudahkan bersalin (bagi wanita) , iktidal juga melancarkan pembuangan air dan mengelakkan seta mengurangkan kanser usus.

6)Memberi salam-dapat meregangkan otot leher dankepala serta menganjalkan kulit wajah...salam juga dapat memberi kesejahtaraan sesiapa yang berada di kiri dan kanan sewaktu berjemaah ibaratkan memberi salam kedamaian kepada mereka.

tapi aku rasa banyak lagi rahsia2 yang ada dalam solat...sesungguhnya amat elok dan agungnya Allah swt kerana mengaturkan sesuatu kepada kita.


Dan solat.....sebenarnya berkait rapat dengan kita punya kehidupan..Jika kita ibgin fokus didalam kelas kita harus perbaiki kekusukkan di dalam solat-Fakta yg dkeluarkan oleh seorang ustaz-tp aku tak ingat nama beliau sebab hal ini ada di rancangan Tanyalah ustaz...


So bila fikir balik....betul jugak...jika kita tak enang dalam solat pasti kita menghadapi kesukaran ketika menuntut ilmu....ini juga terbukti dengan perihal jagalah solat krn solt menhindatri kita daripada maksiat dan zina....
Jadi bila terpandang insan2 yang berbuat maksiat ia mengambarkan sejauh mana mereka beribadat dan dekat dengan Allah..Ini tak dikira lagi dengan insan yang lebih rela mengunjungi disko2 dan kelab2 malam ntuk mencari "ketenangan"walhal perkara tersebut menambahkan lagi kekusutan....


Ketenangan sebenarnya amat dekat dengan kita sebagai eornag muslim kita sentiasa dekat Dengan Allah ...Jangan fikir hanya kerana kita sering terlibat dengan perkara2 jahat atau maksiat Allah tidak lagi  menyayangi kita,,,,,Itu salah...walaupun jika anda atau sesiapa yang pernah terlanjur atau tidak tutup aurat , pernah minum arak dan apa2 sahaja yang kita lakukan hidup dalam kejahilan serta melebihi syariat maka jangan bimbang kerana selagi ada nyawa kita masih dapat bertaubat.Aku jua  memesan pada diri aku sendiri.Segera menyesal dan bertaubat kerana...kita manusia jika hidup di dunia tidak terlepas membuat maksiat. 
.


Yang penting ialah Carilah ilmu dan Beramal dan jangan apabila kita dipaksa duduk untuk dengar ceramah ke apa ke di surau2 sekolah mahupun kuliah kita harulah tidak membenci atau merungut "Ah Bosannya" kita harus ikhlaskan hati  untuk terus duduk disitu.. berfikir secara positif dan terima apa shaja yang disampaikan dahulu..kemudian baru lah fikir sama ada ingin beramal atau tidak....dan yang penting jangan berlagak untuk menerima ilmu itu walaupun kita sudah atau pernah dengar atau pun pernah baca tentng ilmu2 atau sesuatu info  itu..


Kadang2 aku tersenyum sendiri bila melihat orang2 yang fikir mereka alim , fikir mereka ini baik dan semua orang tak kena semua orang jahat takmacam dia yang baik dan bertawaduk...Tidakkah ini adalah Riak....
Baikkah kita jika kita tidak pernah terfikir untuk menyimpan aib orang lain meskipun orang itu adalah orang yang kita tidak suka dan benci..kenapa kita perlu memceritakan hal dia hanya kepada orang lain..
tiba2 memandang orang yang tak disukai itu terus sahaja bagitahu 
"Eh,Aku tak sukalah ngn si polan tu....Dia ti bla3...." atau "Eh si polan tu kan..Aku Tak suka lah sebab bla4..."
dah lah riak tapi mengumpat bukan ingin menegur secara berhikmah tetapi menabur tahi kepada mereka pula..Hidup di kampus ni banyak yang kita dapat pelajari dan menguji iman kita yang ingin berdakwah kepada insan2 yang mungkin alpa  ini..


Bagi aku walaupun kita tahu sedikit sebnyak agama kita harus sampaikan namun aku gak terasa dengan kata2 seorng sahabat aku yang memandang serong padaku bila aku mengeluarkan pendapat...Yelah sahabatku ini agak alim bila kita lihat namun jauh di sudut hati aku berkata Apa guna kita beribadat dengan Allah swt jika kita riak dengan ibadat kita...Kita riak yang kita tahu segalanya...Kita riak angkuh untuk tidak bergaul dengan seseorang hanya kerana perwatakannya kasar ,dan jahil.Kita mengelak daripada menegur mereka dan berasa jijik dengan mereka..Aku terkilan dengan perangai mereka..Jika kita berkawan ,  kita perlu menegur kawan kita selalu atau kerap waupun kita ni pakai tudung labuh hingga ke lulut dan kawan kita agak seksi mendedahkan aurat .


Ramai wanita fikir yang pakai pakaian yang seksi dan mengghairahkan mereka akan kelihatan cantik.Ya! memang  cantik dan aku pun setuju....namun kesian pada badan mereka....terpaksa pakai pakaian ketat yang mencederakan badan dan  terpaksa dedahkan kulit mulus  dengan sinaran uv , kekotoran habuk dan sebagainya..dan lebih kotor bila badan  disentuh dicuit lelaki .Ah takpe.....haha.Bangganya bila dapt dedahkan dada ,bangga bila dapat mendedahkan paha gebu bangga itu dan ini..Sungguh tertipu kita dengan perkara tersebut.!Lelaki memandang bukan kagum dengan tubuh badan kita yang cantik langsing itu tetapi terasa meluat dan geli sebenarnya dan yang lagi teruk ialah apabila ada  lelaki jenis ini akan mendekati kita memuji memuja selepas dapat mengukur saiz badan dan menyentuh membelai maka wanita itu ditinggalkn . seperti ini mereka akan tinggalkan kita macam sampah macam lumpur..lelaki ibarat kanak2 kecil dan wanita sepeti lumpur .kanak2 kecil ini  suka bermain lumpur dan selepas puas ,kanak2 kecil ini akan membersihkan dirinya dan tinggalah lumpur yang kekal sebagai lumpur .Mahukah kita menjadi ibarat lumpur??


 Kenapa kita tidak mengangkat maruah kita kenapa kita tidak berasa sayang pada diri sendiri..yang seksi dan comel terus mendedahkan aurat dan yang paling malang yang sudah menutup aurat pula membuka aurat kepada ajnabi. Lelaki .Wahai wanita apa kata jika hari ini cuba pakai pakaian yang besar agak longgar dancuba tanya lelaki atau kawan2 lelaki..Cantik tak aku jika aku pakai baju kurung jika aku pakai baju yang dulu saiz S sekarang saiz L.......jika dia lelaki baik dia pasti cakap cantik menyejukkan mata dan jika dia cakap tak maka malanglah anda....
.----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam sebelum aku tidur....kawan aku promote suruh pakai something kat tapak kaki...aku beli la sepasang....tampallah kat kaki dan bila bangun pagi~~huss....ubat tu asalnya putih dah bertukar jadi hitam ,,Eeeeeeee......


Inilah benda tu.............hahak..



di koridor~~
Mendamaikan jugak,,


Sambil makan pagi tadi aku buka lah cermin tingkap ku....sambil2 makan aku menikmati pemandangan di kawasan asramaku melalui jendela....asrama aku memang sepenuhnya area budak pempuan.....so bebaslah jugak nak bukak tingkap ni.......
















-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku dan Dia....


~nota:semoga jodoh kami berkekalan~

Thursday, March 31, 2011

Petua dan hikmat

salamat!!...
Hari ini Aku berasa amat tenang ketika bangun pagi pada hari ini...Apa taknya....Bunyi azan subuh sahaja terus aku bangkit dan tidak bermalas-malasn macam biasa...
Betullah cakap ustazah yang kita ini jika inginkan hari yang sempurna..Bangunlah awal sebelum subuh..
Dan sekiranya kita inginkan hari yang ceria tika bangun ingatlah Allah swt, kemudian terus mandi dan berwuduk serta mengerjakan solat segera....


Aku tak ingatlah di mana aku baca petikan ini tapi seingat aku...
sewaktu anak adam tidur ,dia akan diikat tiga tali di kepalanya oleh syaitan...
tali pertama akan terbuka apabila anak adam itu bangun dan menyebut Allahuakbar.
tali kedua akan terbuka bila anak adam itu berwuduk dan tali ketiga akan terbuka apabila anak adam itu meyegerakan solat,,...Nescaya hari2 yang dilalui akan bahagia hingga sekembali anak adam itu tidur semula...
jika tidak maka anak adam itu akan mengalami kesulitan..dan tidak ceria..Allahualam.


haha...sewaktu aku duduk di katilku...aku buka satu buku ini yang bertajuk Amalan dan  petua Ulama silam yg terasa nk share skit tentang  perkara yang dapat mengurangkan akal dan kecerdikan ...antara perkara2 tersebut ialah selalu makan  buah2 masam atau makanan2 yang masam ,tidur meniarap , dukacita tentang perkara dunia dan banyak bersedih dan putus asa...dan pkara2 yg mengurangkan hafalan dan mewarisi kelupaan ialah: melakukan maksiat , makan epal masam , melihat sesuatu yan direbus(ketikamendidih) , mbaca nama2 pada perkuburan , melainkan utk mcari kubur org  tertentu.. membuang kutu hidup ke atas tanah , berbekam pada leher .banyak minum air pada satu masa , berjalan di tepi rusuk unta dan ,banyak ketawa..




Ermmmh dan pasti semua orang pernah melakukan semua itu jadi ...dan yang selalu tidur meniarap tu..ubah2kanlah...tidur lah seperti dalam sunnah oleh Rasulullah saw.......pasti semua orang dah tahu hal ini...
yang tak tahu....tanyalah usrtazah anda ye....hehe..


dan KAta Saidina Ali kw,pintu kota Rasulullah saw:
Tiga perkara yang dapat  menambahkan ilmu dan menghilangkan kahak :
1)bersugi
2)berpuasa
3)Membaca Al-Quran(sebaik2nya melihat kepada mushaf/tafsiran)


dan kata sesetengah Ahli Hikmat yang aku kira amat menarik untk dikongsi...


"Apabila engkau makan pada malam hari ,maka janganlah engkau tidur melainkan setelah engkau melangkah (berjalan2)sekalipun 50 langkah"


"Sesiapa makan bawang selama 40hari .nescaya wajahnya akan menjadi hitam kemerah-meraha.Maka .janganlh ia mencela melainkan diri sendiri......"


Amaln2 seharian utk mdapat kejayaan..
1-kurangkan tidur.
2-Kurangkan makan.-
3-elakkan bcakap pkara sia2...


Orang cakap kita memerlukan 8jam untuk tdur walhal para ilmuan Islam hanya tidur se per tiga malam dan ada jugak kata 3jam dah memadai....
Tokoh2 yang berjaya semuanya hanya tidur 3jam-4jam dalam sehari.......
tiada yang tidur 8jam....hahaha...sungguh tertipu kita dgn statement 8jam
.tapi bagi aku...aku tidur bila terasa penat dan takde kerja...hehe...
Percaya atau tak ada sahabat di kolej tempat aku menuntut sekarang hanya tidur 1jam-2jam sahaja.....Betul ke?Allahualam..


kita belajar perlu rehat dan tidur...Namun jgn jadikan penat sebagai alasan untuk tidak mengulangkaji pelajaran dan terus tidur walhal langsung tak ulangkaji apa2.....Mudah luntur semangat kita yang nak belajar ini kan...hahaha...Samelah aku pun...!!


TU sebeab Kawan2 aku kata Belajar kerana Allah swt sebb kita akan bersemangat bila melawan rasa malas dan penat...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini...aku dan Dia...
elok je...
 hari ini aku dan kawan...
mereka macam menyembunyikan sesuatu..tp apa ya??
ceh sibuk je nk tahu jugak.. tapi aku nak tahu jugak...


pasal berkait kot dgn aku ini.....
whatever!
gara2 aku sekumpuln dgn seorng laki ini,,,kami-aku dan syima(BFF) disish di umpat dikeji! [Errk..aku xpastilah , dkeji ke tak] dan hanya krana aku ingin berkawan aku tegurlah beg salah seorg tu..dh beg dia memg caantik....tu pun jadi isu untuk mencari alasan tak puas hati.....
benci kat aku konon,,, Siapa kita nak benci membenci......kerana Allah saw lebih berhak!
harap je baik depan kita tapi dibelakang dikutuk dkeji macam pensyarah aku cakap hari2 buat
:
4M;MENGUTUK
     ;MENGEJI
     ;MENCACI
     ;MEMBENCI ..


Semoga Allah kurniakan mereka hidayah
 dan aku mampu pujuk hati aku dgn fikir yang mungkin mereka jahat hari ini dan mungkin mereka  bertaubat esok hari dan sesungguhnya mereka akan diangkat lebih mulia daripada aku.....Allhualam.

Wednesday, March 30, 2011

nikkizhatie

Siapa diri aku di mata masyarakat sekeliling??? 
Apa yang aku ingin lakukan pada masa hadapan?
Persoalan demi persoalan menjengah ruangan benak aku hari ini..
Seminggu lagi aku bakal menghadapi peperiksaan dan titik fokus aku hilang entah kemana...
Penat-Aku penat..
Bila memikirkan Apa dan Aku ni Bakal bergelar Apa pada masa hadapan.. 
Cita2...Aku hanyut untuk menentukan cita2 aku..Ah.Biarkan,...Padah apabila kita terlalu yakin sebelum ini..
SPM...Aku terlalu yakin untuk mendapat straight A's hingga merasakan semua soalan senang.Angkuh bukan??
Ya memng angkuh.Keangkuhan itulah yang menyebabkan aku sering ketinggalan untuk menyertai sesuatu atau terlibat dalam sekecil2 hal...Dan apabila menjelang SPM dulu aku telah gagal untuk menjadi antara pelajar yang cemerlang...Aku diberi lagi peluang di Matrikulasi  tapi...Aku Siakan..Kerana kekecewaan dalam peperiksaan Spm....
Aku datang ke sini tanpa perasaan dan yang bersarang di kepala aku ialah seribu persoalan kenapa aku memilih ke sini kerana menganggap program ini  sebagai Batu Loncatan kerana aku gagal masuk ke pengajian Asasi seperti teman-teman yang lain yang cemerlang..


Tapi kini aku cuba bergelut dengan perasaan putus asa untuk menjawab final yang akan datang ini..Aku kecewa kerana aku ingin bergaul dengan masyarakat tetapi mereka seperti tidak suka,..Mungkin perasaan aku sahaja...~~~~


Family,....aku rindu sangat tapi aku tidak tahu bagaimana ingin menciptakan hubungan mesra aku dan dengan family aku.........Mungkin untuk telefon setiap hari aku tiada perkara yang ingin aku kongsikan...
Aku dan keluarga......banyak rahsia yang mereka sendiri tak tahu tentang aku...yang mereka tahu aku budak yang punya akal dan tidak ad sebarang masalah....Aku cemburu bila kawan2 aku boleh menganggap dan berkongsi masalah dengan keluarga mereka ...Kalau aku.... setiap masalah yang aku hadapi perlu aku tanggung sendiri...selesaikan sendiri ...seperti waktu kecil dulu...ketika darjah 2 , aku baru sahaja balik dari sekolah lalu  mengadu pada ibuku seperti minta untuk mendapat pembelaan kerana ada seorang budak senior yang mengetuk kepala aku dengan gelas di kantin tanpa ada sebab namun ibuku tidak berkata apa2 dan cuma berlalu ke dapur...dari kecil aku didik menjadi "keras" . Dan bila aku ke sekolah ke esokkannya aku hadapi sendiri dengan perasaan takut untuk ke sekolah..


Aku lebih suka buat hal sendiri kerana aku takut kawan-kawan aku tidak suka dengan aku...Lebih baik berdiam diri dan menegur atau melawan apabila perlu..


Aku mula bergaul dengan semua orang bila aku dapat handfon.Fuhh,....
Masa tu jugaklah aku mula berkenalan dan bercinta dan bertukar2 pasangan....Cinta monyet lah katakan....
dan tanpa aku sedari.... 


Satu cinta monyet itu telah beransur-ansur bertukar menjadi satu hubungan yang serius....
Adakah aku tergesa2 ??Mungkin...
Lelaki...-i never have luck to find the right men before this.....


dan 2007 seingat aku...aku bercinta dengan seorng lelaki ini....dia baik ..dan masalah aku sekarang ialah Dia terlalu baik.hinggakan semua orang sering mengambil kesempatan di atas hatinya yang lembut...Terkadang aku berasa tidak layak di cintai lelaki ini....


Dia dan aku......


Aku sering bergolak denga perasaan yang bermacam2...
disini aku tiada siapa...dan aku jadi bingung untuk berkawan...Yelah....aku mana pernah berkawan dengan budak2 yang baik2 ini...


Aku tinggal di dorm dan ak sering disalah ertikan....aku perasan satu perkara tentang budak2 dorm kat sini....
cara mereka memandang aku...macam nak makan aku je...Aku buat salah ke??Mungkin tapi salah apa..........
Entah.


konflik diri aku untuk berdepan dengan masyarakat dan berkawan turut jua teradun sama dengan hubungan aku dan dia.
aku perlukan kawan...aku tak kisah kalau aku jadi pak turut pun tapi masalahnya Bila aku sapa Hai pun diorang buat layan tak layan...
Errrmmh nasib-nasib jadi aku harap aku dapat bersabar kerana dua minggu lagi aku akan balik ke Kelantan...Duduk di rumah diam2 sebentar sebelum aku masuk ke Ipta...
Baru tiada yang menyampah baru tiada yang benci baru hati ini aman untuk menghadap Illahi Ya Rabbi....
 
Dia satu2 tempat aku nak mengadu...nak bagitahu ibuku....lambat lagilah....
dan aku lupa satu perkara tentang dia..
dia bukan alat untuk aku guna bila aku sedih...
dan masalah timbul bila dia pertikaikan siapa dia dalam hidup aku,...


dia ialah teman, sahabat dan insan yang saling bertukar-tukar rahsia dan paling penting dia mungkin akan menjadi teman sehidup semati aku..Insyaallah..
tapi dia kata dia rasa tersisih.....
sama jua dgn aku...
bila aku perlukan dia...untuk
mengadu masalh aku....aku inginkan perhatian segera kerana terasa bebanan perasaan ini yang terlalu berat , aku mendesak hingga lupa yang dia juga manusia yang juga punya masalah...
jahatkan aku....
dia lah insan yang sabar  dengan aku  selepas kedua ibubapaku yang sabar dengan aku yang tikatakan kuat menangis daripada kecil....
sebab itu aku jadi tidak ada perassan belas kerana mungkin perubahan  budak manja menjadi budak yang perlu hidup berdikari kerana aku anak sulong darpda 5 adik-beradik.
dan kerana hatiku yang keras tiada belas ini Dia kerap tersinggung..


ramai yang tersinggung dan aku kerap di pulaukn kerana aku tak tahu kenapa....


hatiku-kustatik-dengan diriku-yg-statik.-pendirianku.