Saturday, January 7, 2012

YA ! aKu suka bercakap!

pagi ini aku suka bercakap ...tapi malangnya tiada siapa pun yang sudi mendengar..bayangkan diri anda berada di tempat saya..anda seorang gadis yang baru mencecah umur 20tahun dan telah masuk ke universitii selama 6bulan tetapi anda masih terkontang - kanting mencari teman , atau kawan untuk belajar bersama bermain bersama di universiti..tapi hakikatnya anda tidak ada teman untuk berjalan malahan anda makan pun tiada yang ingin menemani keran anda budak kampung yang berat badanya 80kg setinggi 156cm..... GEmukkn...
itulah saya..say abera amat hairan dengan sikap kawan2 satu rumah dengan saya macam mana mereka boleh menjalinkan kasih sayang seperti adik-beradik namun bila hanya padaku seorang aku seperti air dan minyak kepada mereka...mereka selalu bercakap2 belakang bahawa mereka tidak pernah suka perangai aku...
aku mengkaji balik diri sendir dan aku dikatakan mementing diri sendiri..!!! Mereka tidak pernah mengenali aku ,siapa aku apa hati perut aku...yang mereka tahu mengutuk bila aku buat salah aku terasa hati namun aku biarkan kerana aku tidak mahu menunding jari pada sesiapa....sekarang ini amtlah aku kesunyian..aku di pandang serong oleh mereka hanya keran aku tidak pandai bergaya..memnag benar aku tidak pandai bergaya dan pakai an yang selayakknya untukku adalah baju kurung....welll aku jenis tidak suka pakai pakaian yang ketat... betullah kata orang.. sekiranya kita selekeh..orang akan pandang hina lebih2 lagi jika mereka tahu bahawa aku anak orang miiskin...aku ada seorang sahabta yang kini bertahta di hatiku namun dia juga tidak mengenali aku sebagaiman aku tidak mengenalinya walaupun meskipun aku n dia sudah bertahun in the relationship~~~~~~bosankan hidup aku n percayalah jika anda berada di tempatku anda pasti bersyukur kerana mempunyai teman2 yang sabar sahaj amelayan karenah anda...


sehari aku tidak bercakap ,bercerita apa yang berlaku pada aku sehari semestinya orang itu akan jadi gila...macam aku...


tp gila2 aku aku belum sampai tahap nak bunuh diri.....
aku tiada sapa nk dpesalahkan...aku demam sakit pening  semua ku tanggung sendiri..mak n ayah adalh insan yang aku hormati..aku di ajar supaya menurut sahaj a.. tidak pernah di anggap sebagai teman . bersyukurlah jika hari ini anda meminta sesuatu daripada ibu n ayah , mereka tanpa rasa letih melayan karenah anda.. aku cemburu dengan adik-beradikku...mereka dibesarkan dengan cara yabg amat lembut shinggakan mereka berani unuk memeluk kedua ibu bapaku..namun aku..semenjak kecil lagi aku di ajar untuk menjadi keras , takut di marahi sering membelenngu hingga sampai kini aku tidak pernah meminta lebih daripada kedua org tua ku . mereka mengajarku agar menghormati n sentiasa ada batas n larangan wakhal dalam perkataan yang dituturkan ..dan aku bangga di abab ini aku tahu erti kesakitan dipukul dengan rotan n di cubit... /


benda ini membuat aku agak trauma namun itu kisah 10tahun lalu..kini aku sudah dewasa dulu aku tak bebas kini aku bebas untuk lakukan apasahaja aku hampir tergelak bila aku mendengar kata2 seorang kawan  "ayah aku sayang  pada aku semua yang aku nak pasti aku dapat ,garang2 dia pun dia lembut pada aku"   . Alangkah indahnya...


aku keliru dgn kata2 dia sehiggalah aku berada jauh dripada ibubapaku..n aku kini faham ..mungkin masa aku kecil ibuku masih muda "angin muda dia panas" n sekarang mereka sudah lanjut usia dan perilakunya pun seperti agak lembut,,, itulah.. beruntungkah pada semua yang lahir dalam keluarga yang indah.. keluarga aku pun indah cuma zaman kanak2 aku tak sama dengan semua orang...

Monday, November 14, 2011

EXAM!EXAM!EXAM! HAHA

 semoga semua yang membaca doakan agar saya berjaya disini..
Semoga saya dapat jawab exam dengan penuh yain dan diredhai...hihi
.
sebenarnya cerita Aku budak hati batu ni di karang sebelum aku datang ke Unimas aka aku xstudy pu background di sarawak ni...Insyallah aku akan improve dri masa ke semasa ..baru syok layan....huhu
layan menaip n post dsini....kiki..syok sendiri la katakan..xde keje....

Sarawak..xempat nk jelajah lagi baru je sampai kat kuching..Insyaalh jika ada rezeki sampai dlm hutan aku akan jelajah..akan datanh pulak ialah jouRnal aku sebagai salah seorang Reserve Officer Training Unit Palapes Unimas ni..yang rahsia xle cite la tp aku akan share la pengalamanku...huhu..perasaanku....detik2 pahit manis...survival aku....

my journey is still far away..so hsve a nice day n never forget to solat..kiki...
9
p/s: harap si Dia juga dapat jwb exam dgn baik.Rindunya~~~


cHAPTER3=AKU BUDAK HATI BATU (hobi suke2 je)


Peristiwa terserempak dengan suaminya pagi tadi segar dalam ingatannya . Namun dia cuba untuk melupakannya . Dia tahu sepanjang gerak-gerinya dicafe  tadi diperhatikan sehinggalah Hafizul meninggalkan tempat  tersebut . Mujurlah hari itu  merupakan hari terakhir bekerja kerana cuti semester telah pun berakhir bagi pelajar ijazah .
Di biliknya dia terbaring bersahaja setelah membersihkan dirinya . Radio di pasang pada nada medium ..Lagu Tolong Ingatkan Aku didendangkan oleh Ana Rafali berkumandang . Hafizul..Kenangan lama turut bermain di benaknya .
“Abang tak pernah terfikir akan menikah dengan kamu . ” dia menarik nafas lembut sebelum menyambung kata-katanya . “Abang tahu kamu bercinta dengan Faiz selama ini . Abang cuma minta kita cuba untuk hidup bersama-sama .Bina hidup baru bersama-sama .Belajar cintai antara satu sama lain  .”
Dia menghembus keluhan berat  sekadar membisu.
“Tolong cakap sesuatu .”
“Kenapa kita di paksa nikah sebenarnya?”tanyanya memberanikan diri .
Hafizul meraup mukanya lantas memeluk tubuh sendiri .
 “Ini permintaan Faiz sendiri .Dia sebenarnya terlalu cintakan kamu .Dia disahkan  mengalami penyakit  kegagalan jantung pada tahap yang kronik pada bulan lepas  . Ajalnya makin dekat Wani . Sebelum dia ‘pergi’ dia nak lihat Wani di jaga oleh insan yang dia percayai.Dia tengah nazak sekarang berada di hospital disini”
Bagaikan sukar untuk di percayai .Dia termenung sejenak di sofa yang berada di kamar itu .Patutlah akhir-akhir ini wajahnya berubah santun bicaranya juga berubah .
“Awak tipukan?”bagaikan bermimpi .
Hafizul hanya mengiling kepalanya .”Tak.”
Tatkala itu ,Air matanya bercucuran .
“Nak jumpa dia boleh?” pintanya sayu .
Hafizul mengangguk lemah . “Wani pergi bersiaplah .Abang tunggu .”
Setibanya mereka di Hospital Kuala Lumpur ,hatinya berdebar-debar saat pintu bilik di kuak . Sekujur tubuh yang terkulai layu nampak tenang tidur . Mengusik nalurinya yang amat rindukan wajah insan tersebut . Disisi katil kelihatan wajah sugul  mentuanya .
Salaman di hulurkan pada mentuanya yang setia di sisi katil , namun matanya tidak terlepas memandang wajah Faiz yang kelihatan pucat sedikit . Hafizul memberi isyarat untuk membiarkan dia berada disisi Faiz sendirian bersamanya .
Hanya mereka bertiga di dalam bilik tersebut . Hafizul menggenggam tangan adiknya itu . “Faiz , bangun dik kak ipar datang ni .”
Faiz membuka matanya satu senyuman lemah terukir di bibirnya .Faiz memandang lama wajahnya mengusik kalbunya .
“Maafkan Faiz sebab terpaksa buat Wani macam ni . Faiz terpaksa melanggar janji kita . “dia tebatuk-batuk kecil sebelum meneruskan kata-katanya . “Abang..Jaga Wani baik-baik . Semoga kita dapat bertemu di sana nanti .”
Air matanya berlinangan .”Wani pun nak minta maaf .” dia hilang suara untuk berkata-kata .
Faiz mengangguk lemah .’Wani jaga abang Zul  baik-baik.Dia ni nakal tau .Maaf sebab tak sempat nak tengok anak saudara iz nanti .Hehe..”dia ketawa kecil mengundang tawa mereka berdua .
“Sakit-sakit pun sempat melawak lagi . Yalah , banyakkan rehat ok.”sambut Hafizul .
“Wani senyumlah sikit . Bencikan iz ke?”
“Taklah .Apalah iz ni .”dia tersenyum sumbing menampakkan esung pipitnya di kiri pipi dadanya menahan sebak matanya bertakung ai mata namun diseka .
Seminggu selepas itu , Faiz kembali kerahmatullah. Segala urusannya berjalan lancar . Tiap malam dia akan membaca Al-Quran dengan niat sedekahkan kepada Allayarham Faiz .

Taklama selepas itu , dia terus menyambung pengajiannya disini .
Tok.Tok.Tok.Pintu asramanya diketuk bertalu-talu
“Assalamualaikum!! Ijat!! Tolong buka  pintu..Tangan aku penuh !”
Tersedar daripada  lamunan .Dia terus membuka pintu biliknya .
“Waalaikumussalam .Ya Allah kau ni..Barang-barang ni kan boleh punggah naik..Ni tak , bawa sekali gus semuanya..Ish .”
“Hehe..Malas mahu turun berulang kali bah.Aku penatlah .Kau buat apa hah . Aku ketuk  pintu  bilik daripada tadi lagi .Kau tahu enggak .” 
“Sorry beb...Aku terlelaplah sahaja.”Memberi alasan nipis .
“Kau dah makan?.Jom keluar ke cafe .Aku laparlah .Hehe..”
“Ok..Tapi kau belanja..”
Syima mencebik .”Dah agak dah..Bukan ke aku yang selalu belanja kamu . Oklah jom.”
“Sindir ek...Hehe... Tapi tak apa ..Aku tahu kau baik,pemurah ,cantik dn pe lagi ek ...”
“Udah-udah..Usah ampu lagi bah .Perut sudah lapar ni..”
“Hehe..Ok..”
Mereka terus berlalu ke kedai makan . Di sinilah dia mengenal Syima . Yang merupakan teman baiknya sehingga kini .Pada cuti semester pertama , dia pulang ke rumahnya tanpa memaklumkan hal tersebut pada Hafizul .Sengaja dia mahu memberikan kejutan namun dia yang terkejut .

Wednesday, November 2, 2011

Suka-Suki!!!!

Aku hari ni setelah sebulann tinggal di Kolej Kenanga ,aku tertarik untuk menceritakan tentang yang berlaku hari ni ...Aku akan menempuh DAN TELAH mengalami satu Pengalaman baru...Kesusahan tiada kawan di Universiti...
Aku suka nak cite yang aku telah menghadapi kesusahan untuk mencari kawan dan membuat satu group discussion..Horrable its??Bila berkaitan dengan PBL aku jadi macam orang gila apatah lagi due date untuk hantar assigment n project.........
So, Its easy to be alone.......n Not easy to find a group which is can team up n enjoy the life with you in the university...
Its hard dowh!!! hhuhu,,,,...........Lagi susah bila kita xhadirkan diri semasa orientasi program.. aKu terlepas saat itu semata2 kerana menurut perintah ayah aku...aku tak salahkan dia..tp aku betul2 hadapi kesusahan..huhu....KESUSAHAN NK BERKENALAN dgn budak satu kos!!!!!

Ya Allah swt ,ku mohon jalan keluar dari segala kesulitan ini....Amin.

chapter 2= aku budak HAti Batu


Pagi itu suasana amat mendamaikan , hatinya tiba-tiba teringat akan adik-adiknya di semenanjung .Lantas mengambil duit syiling dalam lokarnya dan pergi ke pondok telefon berhampiran setelah pintu biliknya di kunci.
Tut..Tut..
“Hello..Accalamualaikum.”bibirnya tersenyum puas .Mungkin adik bongsunya yang menjawab telefon rumahnya kali ini .
“Hello, Waalaikumussalam.Adik..Adik omel ke ni..Sihat tak ? Kak Ida ada tak?.”
“Ade..Nanti adik panggil ye..” hatinya gembira seketika .
Sayu jauh kedengaran suara ibunya bertanya siapa yang telefon pada adiknya.Hatinya menjadi sebak lantas ganggang telefon di letakkan setelah ibunya yang menjawab bertanyakan siapa di talian . Dia tidak dapat berkata-kata , ada getar di hatinya .
Lantas terus melangkah ke cafe dan membeli minuman sejuk . Agak lama dia duduk termenung di bangku  di taman berdekatan . Kisah lama terimbau kembali saat-saat itu.
“Aku tak kira kau setuju atau tidak . Sebelum kau pergi sambung belajar , aku nak kau kawin dengan Hafizul anak penghulu Hasyim tu. Ayah dia tu dah lama berkenan dengan kamu.Masa  kecil memang kami dah berjanji nak satukan anak kami . Ayah kamu dengan ayah dia memang kawan rapat sejak muda lagi .”
“Tapi mak , Wani baru habis matrikulasi mak ,.Terlalu muda  untuk  kawin .Nak sambung ijazah lagi lepas ni .”
“Aku tahu . Sebab tu lah aku nak kau kawin . Kau tu belajar kat mana pun tak pernah nak dapat A ke “four flat” ke . Result matrik kau tu belum tentu dapat sambung pengajian kat IPTA tahu .Jangan nak berlagak pandai . Kalau kau tak dapat belajar di universiti kerajaan kau bolehlah minta bakal laki kau tu tanggung pengajian kau di kolej swasta . Tak menyusahkan  aku dan ayah kau ni .Aku dah letih nak bela kau daripada kecil lagi sampai sekarang kau memang menyusahkan aku . Minggu depan majlis akad nikah akan diadakan .Aku taknak minta lebih .Aku nak kau jangan malukan mak dan ayah ni .Pasal boyfriend kau tu lupakan dia .”ibunya bertegas .
Suasana kamar bilik pengantin pada malam itu dihiasi dengan ala kadar setelah majlis akad nikah yang sederhana , dia telah bergelar sebagai isteri orang . Hatinya keliru ,kusut  berdebar . Pada  malam itu , saat pintu biliknya dikuak oleh insan yang kini menjadi suaminya .
Dia hanya mampu tunduk lemah .Hatinya diserang  kebencian  . Suasana amat sunyi malam itu . Hafizul juga hanya membisu .Masing-masing seperti terkaku . Hafizul bangun merapati dirinya dan tika tangannya disentuh dapat dirasakan badannya seperti terkena renjatan  elektrik . Dia pantas menarik tangannya daripada di sentuh .
  “Wani ,Awak dah jadi isteri saya yang sah . Saya tahu perkahwinan ni bukan diatas kerelaan awak .Segalanya kerana orang tua kita .Saya pun turut menjadi mangsa keadaan .”
 Dia tahu Hafizul adalah  merupakan anak sulong penghulu Hasyim .Beza umurnya adalah tujuh tahun . Insan itulah yang selama ini diam membisu menemani adiknya Faiz ,kekasihnya dulu . Zaman  sekolah lagi dia tahu Hafizul juga sudah ada kekasih iaitu  Kak Siti .Tiap kali cuti semester dia akan berjumpa dengan Faiz  pada masa sama juga dengan Hafizul itu . Cinta yang di pupuk bersama Faiz selama 4tahun sejak di tingkatan3 hilang begitu sahaja.
.Semua orang kampung tahu hal itu dan perkahwinan ini telah mencetuskan cerita-cerita yang kurang enak di dengar. Dia telah merampas Abang Zul daripada Kak Siti semuanya gara-gara orang tuanya . Dan dia digelar perempuan yang tidak tahu malu kerana bercinta dengan adik tetapi bernikah debgan abang malah  perkahwinan ini di rancang oleh ibunya . Tekanan hebat menyerangnya tika ini .Ditambah lagi apabila Faiz hadir tika saat dia ijab kabul . Hatinya sayu memandang wajah kekasihnya . Air mata yang berlinangan di seka di kelopak matanya .
Dadanya sebak serta sesak . Kenapa Faiz hanya membisu ?Kenapa dia biarkan aku menjadi milik orang lain? Seribu persoalan bermain di benaknya .
“Jadi apa yang kita nak buat sekarang Abang Zul? Abang Zul nak ceraikan saya pun saya tak kisah dah . Hati saya dah mati .Mati dengan perbuatan mak saya .Apa nak jadi jadilah.”
Wani terus berlalu ke bilik air .Hafizul hanya menunduk lemah .Dia juga buntu .Malam itu keduanya tidak dapat melelapkan mata . Hafizul menawarkan diri untuk tidur di lantai pada malam itu .
Keesokkan harinya ,Wani terus mengikut Hafizul ke Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai Pereka Grafik di salah sebuah syarikat  swasta temannya .Kondominium sederhana itu sunyi .Dia di tinggalkan sendirian selepas suaminya itu pergi kerja . Mereka tidur di bilik berasingan sebelah menyebelah atas persetujuannya. Hafizul tidak membantah . Cermin tingkap beranda di biarkan terbuka .Lama dia termenung di hadapan television.
 Pada pagi itu , dia bangun agak awal selepas menyiapkan sarapan untuk mereka berdua .Dimeja makan masing-masing membisu .
“Abang balik lewat malam ni” ringkas .
Semalam balik lewat pun tak pernah pulak bagitahu, getus hatinya . Dia hanya mengangguk seperti biasa .
 “Bila result upu wani akan keluar?”
“Hari ini..Insyaallah.Abang , Wani nak melayari internet kejap. Boleh?”
“Ok,Kalau nak guna komputer gunalah.”
Setelah kelibat Hafizul hilang daripada pandangan mata ,Dia terus ke bilik suaminya .Biliknya agak kemas bagi seorang lelaki.Pujinya di dalam hati.
Dia tergamam melihat satu bingkai gambar pernikahannya di sisi katil. Di atas katil kelihatan sebuah album gambar . Dia memberanikan dirinya untuk membuka album tersebut .
Hatinya berdebar .Didalamnya hanyalah gambar-gambar mereka ketika di ijab kabul dan persandingan . Lama dia menatap gambar mereka sekeluarga .Apatah lagi di dalam gambar terdapat wajah insan yang pernah memiliki hatinya . Perasaan bersalah menyerang dirinya .
 “Maafkan abang.”
Wani berpaling melihat ke belakang .Hafizul berdiri memandangnya tepat ke arah matanya.Hatinya bergetar.
“Abang tak pergi kerja ke?”
“Tertinggal file .” sambil mendekati almarinya dan mencari-carinya sesuatu .
Wani bangun untuk berlalu pergi .Secara spontan Hafizul memegang lengannya . “We need to talk .” pintanya ringkas .
Terkejut mendengar bunyi botol  mineralnya yang  kemik secara tidak sengaja akibat di genggam tadi menyedarkannya daripada lamunan. AH! Keluhan berat dilepaskan . Aku mengelamun lagi..Melihat jam tangan menunjukkan 9.00pagi dia tahu dia harus bersiap untuk ke cafe.
Entah kenapa setelah setelah sekian lama dia disini , dia  teringat  kembali hal itu .
, “Hai!! Akak dah sarapan tak?”
Dia hanya memandang kosong , “Mimpi takda tiba-tiba panggil aku akak ni pehal beb.Selama ni tak pernah pun.”
“Saja..Mau usik kamulah..Memang takda perasaan betul . Apalah kamu ni.”
“Dah..Tauke di mana?”
“Ada kat belakang . “
“Ok.”dingin sahaja nadanya .
“Haa..Ijat sudah sampai..Hari ini bapak mahu kamu jadi pelayan ..Gaji hari ini dibagi extra sikit . Sebab ada pekerja kita yang jatuh sakit.”
Dia hanya mengangguk kecil. Selalunya dia hanya membantu memasak dengan taukenya dan membasuh pinggan serta menyapu .
Semasa melayan pelanggan tika itu , dia dapat melihat kelibat seorang lelaki yang cukup dikenali  yang turun daripada sebuah kereta BMW . Disangka orang lain tapi dia tidak menghiraukannya .Mungkin pelanduk dua serupa.bisik hatinya .Cuma bermisai dan berjambang.Apabila melihat lelaki tersebut duduk di meja hujung sekali ,dia terus pergi mendekatinya.
“Encik nak pesan apa-apa?” Lelaki itu memandangnya agak lama .Gila ! Hafizul ke ni!  AH! Tak mungkin,teriak hatinya .
“Nur Salwani Aizetty?”tanyanya spontan Inginkan kepastian .
“Maaf Encik ?”berpura-pura tidak kenal .Betullah dia . Pehal buat kat sini ni .
“Ijat ! Oder tadi dah siap meja nombor 5!”teriak tauke lantang .
“Ok Boss!”berpaling memberi isyarat pada taukenya .
“ Erk.. Encik nak makan apa tadi?”
“Satu tea ais limau dan nasi putih lauk ayam dengan sayur goreng. Itu sahaja.” Matanya tidak berkelip melihat tubuh dihadapannya.Ijat??Mungkin pemakaiannya seperti lelaki tetapi entah kenapa hatinya pasti itulah isterinya.Isteri yang di rinduinya.
Apa yang dia buat di kolej aku ni?


Saturday, October 15, 2011

hasil-penaku-AKU_BUDAK_HATI_BATU (1)


au tu anak dara . Bawa  motorsikal ke hulu ke hilir buat apa.Kalau tolong mak di dapurkan lebih baik . Belagak macam jantan cari betina aku tengok kau ni .Aku ni bertungkus-lumus cari nafkah seharian nak tanggung   sekolah adik-adik kau lagi .Kalau kau  balik jangan ingat nak goyang kaki je kat rumah aku ni . Jangan kau ingat kau dah lepasan matrikulasi kau boleh lepas tangan , huh,anak orang lain balik bawak kebahagiaan ,.Kau balik buat sakit hati aku je.  Kerja menjahit tak habis-habis lagi ,tengah hari dan petang pula nak kena masak untuk korang semua. Tak boleh ke tolong aku masak ke buat kerja rumah ke. Apa nak jadilah kamu ni .Kalau nak harapkan ayah  kau  seorang yang  bekerja di tempat perusahaan bata tu .Alamatnya tak berasaplah dapur tu.”
Pedih menusuk hati apabila teringat akan kata-kata ibu kandungnya sendiri . Sebab itulah tiap kali cuti semester atau pun hari raya dia  rela tidak pulang ke kampung halamannya . Dia ridak betah untuk duduk diam di rumahnya . Peristiwa sebelum masuk ke universiti banyak mengajarnya erti hidup .Dia rela tinggal di kolejnya sehingga habis pengajiannya . Dia  baring  di atas bangku di taman .Buku-buku rujukan serta nota-nota di biarkan berselerakan .Tidak menghiraukan mata memandang akan lagaknya . Baginya selagi tiada yang datang mengacaunya maka dia ridak akan menghiraukan mereka  . Mungkin masyarakat yang memandangnya tidak berasa hairan kerana ramai yang menyangka dia adalah lelaki berikutan susuk tubuhnya yang sederhana seperti  seorang lelaki biasa ditambah lagi dengan rambutnya yang dipotong pendek dan memakai seluar jeans yang agak longgar dan baju t-shirt yang besar  .Langsung tidak menampakkan ciri-ciri  seorang wanita . Apatah lagi apabila membonceng motosikal RXZ yang terpakai  yang di belinya secara  beransuran daripada ayah temannya itu tahun lepas .Menjadi pengangkutannya untuk berulang alik dari falkuti ke kolejnya setiap hari .
Langit dipandang lagi, suasana mendung tika itu amat mendamaikan apatah lagi dengan suasana taman yang menghijau . Jauh di sudut hatinya ada rindu untuk bertemu ahli keluarganya namun apabila dia pulang , dia berasa dirinya seperti orang asing ataupun musuh .Kebencian , rindu serta sayang  bersarang di minda dan hatinya bercampur-baur membuatkan dia memejamkan mata sejenak .Ah! keluhan diluahkan . Mata  cuba  di pejam  cuba  menelan kenangan yang berkunjung tak sudah di benaknya .
 “Hoi Ijat!! Ewah-ewah.. bukan main jiwang aku tengok kau dari tadi!”
Tersentak dengan teguran tersebut lantas berpaling kearah empunya suara.Senyuman kecil menghiasi bibir mulusnya .
“Oh , kau rupanya .Kot ya pun bagi ler salam dulu”
“Kita bagi salam pun tak guna juga  bukannya dengar ..Maklumlah Orang tengah merindu..Taknak lah kacau daun..”
“Ceh kau ni ..Ada-ada je..Kau buat apa disini ?”
Selamba temannya itu  turut duduk di berhadapan dengannya  .Rakan sekuliahnya yang juga merupakan teman sebiliknya .
“Damai ka duduk bawah pohon ini ?.Boleh kamu duduk disini .?”sambil memerhatikan persekitaran di sekeliling .
“Biasa je . Kau buat apa disini?”
“Aku  sengaja “drive” datang sini , bosanlah duk kat bilik tu  . Kebetulan lihat motor kamu di situ jadi aku singgahlah kejap. Jat,boleh aku tanya kau satu soalan .?”
Soalan sama lagilah ni.Uh! getus hatinya sambil mengangguk kecil bagai dapat menduga.
“Kau tak nak balik kampung ke Jat?” tanyanya ringkas.
“Tiket kapal terbang mahal derr..Lagipun takda gunanya aku balik buat semak je kat kampung...” sambil membetulkan topinya selamba.
“Ada je alasan tapi takkan kau nak  duk sini sampai grade sis , dah dua tahun kau bekerja sambilan di cafe kolej  setiap kali cuti sem . Tak rindu ke?”
Dia tersenyum kelat teringat bagaimana dia merayu agar di terima kerja sambilan  di situ sehabis sahaja kuliah .Upahnya hanyalah Rm1 sejam . Kerja mencuci pinggan mangkuk sudah cukup untuk mengisi perutnya .Kadang-kadang dia dapat makan makanan percuma yang di berikan taukenya merangkap ayah kepada roommatenya .
“Kau tanya aku macam nak halau aku je Syima.Dah bosan dengan aku ke? ” Sambil tersenyum sinis menduga .
“Taklah aku . Cuma kesian dengan kau . Nampak je luaran kau ni macam “keras” tapi aku tahu sangatlah hati kau tu sama macam aku , lembik macam perempuan.Huh”
Hujah temannya itu langsung tidak lekat di benaknya mahupun hatinya kerana ungkapan sama juga yang di ucap temannya itu membuatkan dirinya spontan tersenyum sendirian .
“Hah , tengok tu aku cakap kau senyum je .Kau ni sewel ke.?”
“Maybe.” Sambil bangun dan menyusun kembali nota-nota serta barang-barabgnya berselerakan tadi ke dalam  begnya.
“Kau nak pergi mana wei?”
“Nak balik . Aku bosanlah dengar ceramah free kat sini.Nanti memanjang pula ceramah sampai petang pun tak habis .Lagipun aku kena siapkan assigment aku tu . Kau takpe buat last minute ,budak geniuslah katakan .”Lantas berjalan membelakangkan kawannya yang tercengang memandangnya .
”Whatever. Jumpa esok kat cafe tau ! ” laung Syima .Dia hanya mengangkat tangan memberi isyarat “ok” .

UNIMAS_

VIEW Drpada tasik