“ au tu anak dara . Bawa motorsikal ke hulu ke hilir buat apa.Kalau tolong mak di dapurkan lebih baik . Belagak macam jantan cari betina aku tengok kau ni .Aku ni bertungkus-lumus cari nafkah seharian nak tanggung sekolah adik-adik kau lagi .Kalau kau balik jangan ingat nak goyang kaki je kat rumah aku ni . Jangan kau ingat kau dah lepasan matrikulasi kau boleh lepas tangan , huh,anak orang lain balik bawak kebahagiaan ,.Kau balik buat sakit hati aku je. Kerja menjahit tak habis-habis lagi ,tengah hari dan petang pula nak kena masak untuk korang semua. Tak boleh ke tolong aku masak ke buat kerja rumah ke. Apa nak jadilah kamu ni .Kalau nak harapkan ayah kau seorang yang bekerja di tempat perusahaan bata tu .Alamatnya tak berasaplah dapur tu.”
Pedih menusuk hati apabila teringat akan kata-kata ibu kandungnya sendiri . Sebab itulah tiap kali cuti semester atau pun hari raya dia rela tidak pulang ke kampung halamannya . Dia ridak betah untuk duduk diam di rumahnya . Peristiwa sebelum masuk ke universiti banyak mengajarnya erti hidup .Dia rela tinggal di kolejnya sehingga habis pengajiannya . Dia baring di atas bangku di taman .Buku-buku rujukan serta nota-nota di biarkan berselerakan .Tidak menghiraukan mata memandang akan lagaknya . Baginya selagi tiada yang datang mengacaunya maka dia ridak akan menghiraukan mereka . Mungkin masyarakat yang memandangnya tidak berasa hairan kerana ramai yang menyangka dia adalah lelaki berikutan susuk tubuhnya yang sederhana seperti seorang lelaki biasa ditambah lagi dengan rambutnya yang dipotong pendek dan memakai seluar jeans yang agak longgar dan baju t-shirt yang besar .Langsung tidak menampakkan ciri-ciri seorang wanita . Apatah lagi apabila membonceng motosikal RXZ yang terpakai yang di belinya secara beransuran daripada ayah temannya itu tahun lepas .Menjadi pengangkutannya untuk berulang alik dari falkuti ke kolejnya setiap hari .
Langit dipandang lagi, suasana mendung tika itu amat mendamaikan apatah lagi dengan suasana taman yang menghijau . Jauh di sudut hatinya ada rindu untuk bertemu ahli keluarganya namun apabila dia pulang , dia berasa dirinya seperti orang asing ataupun musuh .Kebencian , rindu serta sayang bersarang di minda dan hatinya bercampur-baur membuatkan dia memejamkan mata sejenak .Ah! keluhan diluahkan . Mata cuba di pejam cuba menelan kenangan yang berkunjung tak sudah di benaknya .
“Hoi Ijat!! Ewah-ewah.. bukan main jiwang aku tengok kau dari tadi!”
Tersentak dengan teguran tersebut lantas berpaling kearah empunya suara.Senyuman kecil menghiasi bibir mulusnya .
“Oh , kau rupanya .Kot ya pun bagi ler salam dulu”
“Kita bagi salam pun tak guna juga bukannya dengar ..Maklumlah Orang tengah merindu..Taknak lah kacau daun..”
“Ceh kau ni ..Ada-ada je..Kau buat apa disini ?”
Selamba temannya itu turut duduk di berhadapan dengannya .Rakan sekuliahnya yang juga merupakan teman sebiliknya .
“Damai ka duduk bawah pohon ini ?.Boleh kamu duduk disini .?”sambil memerhatikan persekitaran di sekeliling .
“Biasa je . Kau buat apa disini?”
“Aku sengaja “drive” datang sini , bosanlah duk kat bilik tu . Kebetulan lihat motor kamu di situ jadi aku singgahlah kejap. Jat,boleh aku tanya kau satu soalan .?”
Soalan sama lagilah ni.Uh! getus hatinya sambil mengangguk kecil bagai dapat menduga.
“Kau tak nak balik kampung ke Jat?” tanyanya ringkas.
“Tiket kapal terbang mahal derr..Lagipun takda gunanya aku balik buat semak je kat kampung...” sambil membetulkan topinya selamba.
“Ada je alasan tapi takkan kau nak duk sini sampai grade sis , dah dua tahun kau bekerja sambilan di cafe kolej setiap kali cuti sem . Tak rindu ke?”
Dia tersenyum kelat teringat bagaimana dia merayu agar di terima kerja sambilan di situ sehabis sahaja kuliah .Upahnya hanyalah Rm1 sejam . Kerja mencuci pinggan mangkuk sudah cukup untuk mengisi perutnya .Kadang-kadang dia dapat makan makanan percuma yang di berikan taukenya merangkap ayah kepada roommatenya .
“Kau tanya aku macam nak halau aku je Syima.Dah bosan dengan aku ke? ” Sambil tersenyum sinis menduga .
“Taklah aku . Cuma kesian dengan kau . Nampak je luaran kau ni macam “keras” tapi aku tahu sangatlah hati kau tu sama macam aku , lembik macam perempuan.Huh”
Hujah temannya itu langsung tidak lekat di benaknya mahupun hatinya kerana ungkapan sama juga yang di ucap temannya itu membuatkan dirinya spontan tersenyum sendirian .
“Hah , tengok tu aku cakap kau senyum je .Kau ni sewel ke.?”
“Maybe.” Sambil bangun dan menyusun kembali nota-nota serta barang-barabgnya berselerakan tadi ke dalam begnya.
“Kau nak pergi mana wei?”
“Nak balik . Aku bosanlah dengar ceramah free kat sini.Nanti memanjang pula ceramah sampai petang pun tak habis .Lagipun aku kena siapkan assigment aku tu . Kau takpe buat last minute ,budak geniuslah katakan .”Lantas berjalan membelakangkan kawannya yang tercengang memandangnya .
”Whatever. Jumpa esok kat cafe tau ! ” laung Syima .Dia hanya mengangkat tangan memberi isyarat “ok” .