Thursday, March 31, 2011

Petua dan hikmat

salamat!!...
Hari ini Aku berasa amat tenang ketika bangun pagi pada hari ini...Apa taknya....Bunyi azan subuh sahaja terus aku bangkit dan tidak bermalas-malasn macam biasa...
Betullah cakap ustazah yang kita ini jika inginkan hari yang sempurna..Bangunlah awal sebelum subuh..
Dan sekiranya kita inginkan hari yang ceria tika bangun ingatlah Allah swt, kemudian terus mandi dan berwuduk serta mengerjakan solat segera....


Aku tak ingatlah di mana aku baca petikan ini tapi seingat aku...
sewaktu anak adam tidur ,dia akan diikat tiga tali di kepalanya oleh syaitan...
tali pertama akan terbuka apabila anak adam itu bangun dan menyebut Allahuakbar.
tali kedua akan terbuka bila anak adam itu berwuduk dan tali ketiga akan terbuka apabila anak adam itu meyegerakan solat,,...Nescaya hari2 yang dilalui akan bahagia hingga sekembali anak adam itu tidur semula...
jika tidak maka anak adam itu akan mengalami kesulitan..dan tidak ceria..Allahualam.


haha...sewaktu aku duduk di katilku...aku buka satu buku ini yang bertajuk Amalan dan  petua Ulama silam yg terasa nk share skit tentang  perkara yang dapat mengurangkan akal dan kecerdikan ...antara perkara2 tersebut ialah selalu makan  buah2 masam atau makanan2 yang masam ,tidur meniarap , dukacita tentang perkara dunia dan banyak bersedih dan putus asa...dan pkara2 yg mengurangkan hafalan dan mewarisi kelupaan ialah: melakukan maksiat , makan epal masam , melihat sesuatu yan direbus(ketikamendidih) , mbaca nama2 pada perkuburan , melainkan utk mcari kubur org  tertentu.. membuang kutu hidup ke atas tanah , berbekam pada leher .banyak minum air pada satu masa , berjalan di tepi rusuk unta dan ,banyak ketawa..




Ermmmh dan pasti semua orang pernah melakukan semua itu jadi ...dan yang selalu tidur meniarap tu..ubah2kanlah...tidur lah seperti dalam sunnah oleh Rasulullah saw.......pasti semua orang dah tahu hal ini...
yang tak tahu....tanyalah usrtazah anda ye....hehe..


dan KAta Saidina Ali kw,pintu kota Rasulullah saw:
Tiga perkara yang dapat  menambahkan ilmu dan menghilangkan kahak :
1)bersugi
2)berpuasa
3)Membaca Al-Quran(sebaik2nya melihat kepada mushaf/tafsiran)


dan kata sesetengah Ahli Hikmat yang aku kira amat menarik untk dikongsi...


"Apabila engkau makan pada malam hari ,maka janganlah engkau tidur melainkan setelah engkau melangkah (berjalan2)sekalipun 50 langkah"


"Sesiapa makan bawang selama 40hari .nescaya wajahnya akan menjadi hitam kemerah-meraha.Maka .janganlh ia mencela melainkan diri sendiri......"


Amaln2 seharian utk mdapat kejayaan..
1-kurangkan tidur.
2-Kurangkan makan.-
3-elakkan bcakap pkara sia2...


Orang cakap kita memerlukan 8jam untuk tdur walhal para ilmuan Islam hanya tidur se per tiga malam dan ada jugak kata 3jam dah memadai....
Tokoh2 yang berjaya semuanya hanya tidur 3jam-4jam dalam sehari.......
tiada yang tidur 8jam....hahaha...sungguh tertipu kita dgn statement 8jam
.tapi bagi aku...aku tidur bila terasa penat dan takde kerja...hehe...
Percaya atau tak ada sahabat di kolej tempat aku menuntut sekarang hanya tidur 1jam-2jam sahaja.....Betul ke?Allahualam..


kita belajar perlu rehat dan tidur...Namun jgn jadikan penat sebagai alasan untuk tidak mengulangkaji pelajaran dan terus tidur walhal langsung tak ulangkaji apa2.....Mudah luntur semangat kita yang nak belajar ini kan...hahaha...Samelah aku pun...!!


TU sebeab Kawan2 aku kata Belajar kerana Allah swt sebb kita akan bersemangat bila melawan rasa malas dan penat...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini...aku dan Dia...
elok je...
 hari ini aku dan kawan...
mereka macam menyembunyikan sesuatu..tp apa ya??
ceh sibuk je nk tahu jugak.. tapi aku nak tahu jugak...


pasal berkait kot dgn aku ini.....
whatever!
gara2 aku sekumpuln dgn seorng laki ini,,,kami-aku dan syima(BFF) disish di umpat dikeji! [Errk..aku xpastilah , dkeji ke tak] dan hanya krana aku ingin berkawan aku tegurlah beg salah seorg tu..dh beg dia memg caantik....tu pun jadi isu untuk mencari alasan tak puas hati.....
benci kat aku konon,,, Siapa kita nak benci membenci......kerana Allah saw lebih berhak!
harap je baik depan kita tapi dibelakang dikutuk dkeji macam pensyarah aku cakap hari2 buat
:
4M;MENGUTUK
     ;MENGEJI
     ;MENCACI
     ;MEMBENCI ..


Semoga Allah kurniakan mereka hidayah
 dan aku mampu pujuk hati aku dgn fikir yang mungkin mereka jahat hari ini dan mungkin mereka  bertaubat esok hari dan sesungguhnya mereka akan diangkat lebih mulia daripada aku.....Allhualam.

Wednesday, March 30, 2011

nikkizhatie

Siapa diri aku di mata masyarakat sekeliling??? 
Apa yang aku ingin lakukan pada masa hadapan?
Persoalan demi persoalan menjengah ruangan benak aku hari ini..
Seminggu lagi aku bakal menghadapi peperiksaan dan titik fokus aku hilang entah kemana...
Penat-Aku penat..
Bila memikirkan Apa dan Aku ni Bakal bergelar Apa pada masa hadapan.. 
Cita2...Aku hanyut untuk menentukan cita2 aku..Ah.Biarkan,...Padah apabila kita terlalu yakin sebelum ini..
SPM...Aku terlalu yakin untuk mendapat straight A's hingga merasakan semua soalan senang.Angkuh bukan??
Ya memng angkuh.Keangkuhan itulah yang menyebabkan aku sering ketinggalan untuk menyertai sesuatu atau terlibat dalam sekecil2 hal...Dan apabila menjelang SPM dulu aku telah gagal untuk menjadi antara pelajar yang cemerlang...Aku diberi lagi peluang di Matrikulasi  tapi...Aku Siakan..Kerana kekecewaan dalam peperiksaan Spm....
Aku datang ke sini tanpa perasaan dan yang bersarang di kepala aku ialah seribu persoalan kenapa aku memilih ke sini kerana menganggap program ini  sebagai Batu Loncatan kerana aku gagal masuk ke pengajian Asasi seperti teman-teman yang lain yang cemerlang..


Tapi kini aku cuba bergelut dengan perasaan putus asa untuk menjawab final yang akan datang ini..Aku kecewa kerana aku ingin bergaul dengan masyarakat tetapi mereka seperti tidak suka,..Mungkin perasaan aku sahaja...~~~~


Family,....aku rindu sangat tapi aku tidak tahu bagaimana ingin menciptakan hubungan mesra aku dan dengan family aku.........Mungkin untuk telefon setiap hari aku tiada perkara yang ingin aku kongsikan...
Aku dan keluarga......banyak rahsia yang mereka sendiri tak tahu tentang aku...yang mereka tahu aku budak yang punya akal dan tidak ad sebarang masalah....Aku cemburu bila kawan2 aku boleh menganggap dan berkongsi masalah dengan keluarga mereka ...Kalau aku.... setiap masalah yang aku hadapi perlu aku tanggung sendiri...selesaikan sendiri ...seperti waktu kecil dulu...ketika darjah 2 , aku baru sahaja balik dari sekolah lalu  mengadu pada ibuku seperti minta untuk mendapat pembelaan kerana ada seorang budak senior yang mengetuk kepala aku dengan gelas di kantin tanpa ada sebab namun ibuku tidak berkata apa2 dan cuma berlalu ke dapur...dari kecil aku didik menjadi "keras" . Dan bila aku ke sekolah ke esokkannya aku hadapi sendiri dengan perasaan takut untuk ke sekolah..


Aku lebih suka buat hal sendiri kerana aku takut kawan-kawan aku tidak suka dengan aku...Lebih baik berdiam diri dan menegur atau melawan apabila perlu..


Aku mula bergaul dengan semua orang bila aku dapat handfon.Fuhh,....
Masa tu jugaklah aku mula berkenalan dan bercinta dan bertukar2 pasangan....Cinta monyet lah katakan....
dan tanpa aku sedari.... 


Satu cinta monyet itu telah beransur-ansur bertukar menjadi satu hubungan yang serius....
Adakah aku tergesa2 ??Mungkin...
Lelaki...-i never have luck to find the right men before this.....


dan 2007 seingat aku...aku bercinta dengan seorng lelaki ini....dia baik ..dan masalah aku sekarang ialah Dia terlalu baik.hinggakan semua orang sering mengambil kesempatan di atas hatinya yang lembut...Terkadang aku berasa tidak layak di cintai lelaki ini....


Dia dan aku......


Aku sering bergolak denga perasaan yang bermacam2...
disini aku tiada siapa...dan aku jadi bingung untuk berkawan...Yelah....aku mana pernah berkawan dengan budak2 yang baik2 ini...


Aku tinggal di dorm dan ak sering disalah ertikan....aku perasan satu perkara tentang budak2 dorm kat sini....
cara mereka memandang aku...macam nak makan aku je...Aku buat salah ke??Mungkin tapi salah apa..........
Entah.


konflik diri aku untuk berdepan dengan masyarakat dan berkawan turut jua teradun sama dengan hubungan aku dan dia.
aku perlukan kawan...aku tak kisah kalau aku jadi pak turut pun tapi masalahnya Bila aku sapa Hai pun diorang buat layan tak layan...
Errrmmh nasib-nasib jadi aku harap aku dapat bersabar kerana dua minggu lagi aku akan balik ke Kelantan...Duduk di rumah diam2 sebentar sebelum aku masuk ke Ipta...
Baru tiada yang menyampah baru tiada yang benci baru hati ini aman untuk menghadap Illahi Ya Rabbi....
 
Dia satu2 tempat aku nak mengadu...nak bagitahu ibuku....lambat lagilah....
dan aku lupa satu perkara tentang dia..
dia bukan alat untuk aku guna bila aku sedih...
dan masalah timbul bila dia pertikaikan siapa dia dalam hidup aku,...


dia ialah teman, sahabat dan insan yang saling bertukar-tukar rahsia dan paling penting dia mungkin akan menjadi teman sehidup semati aku..Insyaallah..
tapi dia kata dia rasa tersisih.....
sama jua dgn aku...
bila aku perlukan dia...untuk
mengadu masalh aku....aku inginkan perhatian segera kerana terasa bebanan perasaan ini yang terlalu berat , aku mendesak hingga lupa yang dia juga manusia yang juga punya masalah...
jahatkan aku....
dia lah insan yang sabar  dengan aku  selepas kedua ibubapaku yang sabar dengan aku yang tikatakan kuat menangis daripada kecil....
sebab itu aku jadi tidak ada perassan belas kerana mungkin perubahan  budak manja menjadi budak yang perlu hidup berdikari kerana aku anak sulong darpda 5 adik-beradik.
dan kerana hatiku yang keras tiada belas ini Dia kerap tersinggung..


ramai yang tersinggung dan aku kerap di pulaukn kerana aku tak tahu kenapa....


hatiku-kustatik-dengan diriku-yg-statik.-pendirianku.